Perjalanan Dubai ke Moscow (copy dari catatan diari dalam tablet Samsung aku)
Selesai breakfast di Asian Cuisine Dubai Airport
Terus turun menuju gate C6
Naik bas untuk ke kapalterbang nun jauh di tengah lapangan.
Perjalanan dari Terminal ke tempat kapal parking saja ambil masa 15 minit.
Bas terus saja park sebelah kapal
Aku terus naik ke seat 39K
Duduk sebelah mamat Russia..
Alhamdulillah..
Makanan sampai 1.5 jam lepas berlepas
Perut memang lapar sangat
Sepanjang perjalanan merentasi kawasan gurun sahaja
Menghampiri sempadan Russia, terasa sangat sejuk
Di luar nampak permukaan bumi agak kering
Mungkin cuaca di Moscow sejuk ketika ini
Aku sudah tidak dapat menahan kesejukan
Terpaksa minta izin mamat Russia sebelah
Nak lalu, time dia nyenyak tido..
Di luar, melalui pergunungan bersalji
Time menaip ini, kapten kapal dah announce
Kapal nak landing dalam sedikit masa lagi.
Insha Allah.. semoga pendaratan yang selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan