Rabu, 18 Julai 2018

ALHAMDULILLAH..DIBERI PELUANG PULANG BERKURSUS

Hari ini aku rasakan kelegaan
Alhamdulillah mendapat peluang
Pulang berkursus..
Paling penting dapat bertemu keluarga..

Kali ini.. 25 hari semenjak pulang bertugas
Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalananku..
Seterusnya memberiku kelapangan
Untuk menimba ilmu selama beberapa hari di HQ

Hari ini juga.. aku tepati janji
Untuk WIRA ku di 'overhaul'
Semoga kembali berkhidmat untukku
Walaupun menjangkau 20 tahun bersamaku

Ayatku kelihatan agak sentimental
Namun itulah realitinya
Hampir sebaya umur dengan Aina..
Sentiasa bersamaku mengumpul kisah pahit & manis

InsyaAllah akan terus bersama
Selagi mampu untuk terus bergerak
Selagi mampu untuk mengharungi..
Keadaan yang agak mencabar disini..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan