Hari ini 1 Julai
Bermakna aku telah memasuki
Pertengahan 2018
Bulan kelahiranku di dunia ini
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah
Terima kasih mak yang melahirkanku
Terima kasih abah yang berkongsi suka duka
Bersama mak untuk membesarkanku
Kini aku juga berkeluarga
Aku juga mempunyai tanggungjawab serupa
Saling membantu isteri
Dalam menjalani kehidupan ini
Kini perancangan masa depan
Lebih untuk anak-anak
Hanya untuk beberapa keadaan
Perancangan dipanjangkan buat diri sendiri
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku
Sepanjang kehidupan berkelana
Kehidupan jarak jauh dari keluarga
Dipenuhi dengan kesunyian dan kerinduan
Semoga Allah peliharaku dan keluarga
Sentiasa mendapat keberkatan
Dan kemudahan
Dalam menjalani kehidupan seharian..
Amiinn.. Ya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan