Khamis, 5 Julai 2018

ALHAMDULILLAH HARI KE-3 PUASA SYAWAL

Alhamdulillah..
Allah permudahkanku tahun ini
Aku berjaya memulakan puasa 6
Di pertengahan bulan Syawal

Di sini..
Tiada semeriah sambutan raya sebulan
Aku juga tidak merasakan kemeriahan open house
Hanya membelek tab melihat suasana di sana

Di sini agak sepi..
Di pejabat juga tiada suasana

Lumrah berada di tempat orang..
Seharusnya aku tempoh segalanya dengan redha..

Mudah-mudahan Allah permudahkan hari2ku di sini
Semoga Allah pelihara kehidupanku dan keluargaku
Perasaan dan keadaanku di sini tidaklah penting..
Apa yang lebih penting.. isteri dan anak2ku di sana..

Ya Allah..
Permudahkan kehidupan seharian kami..
Jauhi kami dari perkara yang mudarat..
Lindungi kami dan murahkan rezeki kami..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan