Jumaat, 28 Julai 2017

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN

Hari ini sudah memasuki 3 Zulkaedah
Esok, lusa masih ada jemputan Aidilfitri
Mudah-mudahan niat yang baik mendapat balasan yang baik
InsyaAllah aku berikan masa hujung minggu ini untuk keluarga

Hujung Syawal agak sibuk dengan majlis jamuan Aidilfitri
Sabtu dan Ahad lepas aku terlalu sibuk dengan urusan komuniti
Persiapan Titipan Mesra Aidilfitri Permuafakatan
Urusan ziarah anak-anak di asrama aku kirimkan hanya dengan doa

Tidak sempat untuk ziarah pada minggu ini
Hanya dapat selitkan urusan baby
Aina dan Izzul insyaAllah memahami..
Sememangnya ayah selalu sibuk dengan aktiviti masyarakat..

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku dan keluarga..  
Juga semua yang mempermudahkan urusan orang lain
Mendahului diri sendiri..
Namun kewajipan kepada Allah jangan sesekali diabaikan..
InsyaAllah..

Rasa lapang apabila program berjaya dilaksanakan
Penat dan letih badan hilang apabila melihat masyarakat gembira
Sedikit pengorbanan demi perpaduan
Semoga masyarakat keseluruhannya juga terkesan dengan usaha ini

InsyaAllah aku bersedia demi perpaduan
Aku bersedia untuk masyarakat
Selagi Allah kurniakan kesihatan dan kudrat
Semoga Allah permudahkan urusanku dan keluarga..

Amiinn..

TAHNIAH buat sahabat, En. Azman J & Zulhelmi G yang mendapat panggilan menunaikan haji..
Mudah-mudahan mendapat haji mabrur.
Semoga Allah murahkan rezekiku jua untuk ke sana InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan