Isnin, 17 Julai 2017

21 & 22 SYAWAL YANG SIBUK

Jumaat bercuti untuk ke sekolah Izzul
Perjumpaan dengan pihak sekolah demi PT3 2017
Izzul pulang ke rumah minggu ini
Sabtu baby tusyen
Sebelum itu kami ziarah raya ke rumah Mazlan

Sedikit ujian dari Allah tatkala mengejar masa mengambil baby
Alhamdulillah..
Syukur Allah beri ku ketenangan dalam sedikit kekalutan
Kereta ku tiba-tiba hilang kuasa
Hubungi Proton Care untuk nasihat..

Terima kasih Proton Care atas sedikit panduan yang membantu
Terima kasih juga atas sokongan jiran.. En. Mahmod dan En. A. Fadil
Kereta sedikit menyedarkan aku dengan situasi ku..
InsyaAllah aku akan berusaha memperbaiki situasi itu..

Ahad aku terpaksa buat keputusan pontengkan baby
Kami perlu bergegas berjumpa Aina
Pagi tu aku bersama jiran bergotong royong menyediakan lemang
Jam 11.15 aku terpaksa berundur dahulu

Tiba di asrama Aina sekitar jam 12.30 tgh
Uruskan sedikit hal kad bank Aina
Alhamdulillah selesai.. Aku dan Izzul solat di surau kolej Aina
Bergerak semula untuk hantar Izzul dari asrama Aina jam 3.50 ptg

Syukur.. keadaan trafik dipermudahkan Allah..
Memang aku rasa sangat bersyukur..
Jam 4.45 ptg aku sudah hampir sampai ke asrama Izzul 
Singgah mencari beg untuk Izzul..

Selesai solat di surau asrama Izzul
Aku terus bergegas pulang ke rumah
Malam ini aku bersama jiran bersalawat.. Baraan 2017
Alhamdulillah.. selesai membungkus..

Alhamdulillah.. hari ini Isnin, aku berpuasa Syawal hari ke 6
Semoga Allah menerima amalan puasa Ramadhan dan Syawal ku
Amiinn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan