Rabu, 5 Julai 2017

11 SYAWAL 1438H - CETUSAN PUASA 6

Allahuakbar!!!
Antara sedar dengan tidak
Hari ini sudah memasuki Syawal ke 11
Mudah-mudahan aku istiqamah mengejar puasa 6

Cerita berkisar 2 minggu lepas..
Aku mula bercuti seawal khamis 27 Ramadhan
Berkejar mengambil Izzul seterusnya Aina
Jalanraya semakin meriah dengan kenderaan yang ingin pulang ke kampong

Target sebelum sahur untuk bergerak pulang ke kampung
Sebaliknya jam 8.30 pagi jumaat baru memulakan perjalanan
Sepanjang lebuhraya kelihatan tidak terlalu sesak
Masih boleh maintain speeding ikut limit

Sehingga Slim River sekitar jam 11 pagi
Aku buat keputusan keluar mengikut jalan lama
Pergerakan mungkin perlahan namun aku rasa tidak tertekan
Singgah solat jumaat di Meru, Ipoh (tak jauh rumah pak teh dah ni..)

Sehingga Taiping jam 3ptg singgah AEON dan Tesco
Hampir waktu berbuka aku di Kemunting
Berbuka donat dan air sahaja dalam kereta
Sampai BS singgah solat maghrib dan sambung berbuka di KFC

Hajat untuk bertarawih di kampung malam akhir Ramadhan tidak kesampaian
InsyaAllah semoga Allah pertemukan Ramadhan 1439H

Alhamdulillah selamat tiba di kala isyak
Bersahur akhir Ramadhan bersama mak, abah dan adik2
Seawal pagi mencari bahan untuk persiapan juadah raya
Semoga Aidilfitri dirahmati

Pagi raya di BS, petangnya bersama keluarga Su di KK
Raya ke-2 menjelajah Ipoh
Raya ke-6 selesai jumaat bertolak pulang KL
Lebuhraya agak sibuk
Singgah open house di B Beruntung
Sampai NL sekitar jam 12 mlm
Sabtu dan Ahad sibuk dengan anak-anak
Jalanraya agak sibuk semasa hantar Aina
Semoga anak-anak kembali fokus dengan pelajaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan