Ahad, 9 Julai 2017

9 JULAI BERSAMAAN 15 SYAWAL - SEMOGA ALLAH BERI KU KESIHATAN FIZIKAL DAN SPIRITUAL

9 JULAI 2017
Bersamaan 
15 SYAWAL 1438H

Alhamdulillah..
Syukur Allah beri ku kesihatan sehingga ke saat ini
Usia ku kini menjangkau setahun lagi
Hari ini genap usia ku
Hari ini hari tahun kelahiran ku
Semoga keberkatan Syawal juga menjadi asbab
Kepada keberkatan umurku yang dikurniakan Allah SWT

Semoga Allah mempermudahkan kehidupanku dan keluarga
Semoga Allah memberikan kemurahan rezeki buat aku dan keluarga
Semoga aku sentiasa istiqamah
Semoga Allah pelihara kami dari musibah dan kepayahan
Semoga kami berjaya di dunia dan di akhirat

Latarbelakang aku sebagaimana dikhabarkan oleh ibuku
. Aku dilahirkan jam 9 pagi Isnin
. Negeri kelahiranku jelapang padi
. Aku tak pasti sama ada ayahku bersama kerana beliau bertugas di Sarawak
. Nama aku dicadangkan oleh datuk atau nenekku
. Kalau ikut perancangan ayah, namaku mestilah bermula dengan Shamsol
. Apa jua latarbelakangku segalanya atas izin Allah SWT
. Semoga Allah memberkati umurku

Selamat Panjang Umur buat ku
Selamat Ulangtahun kelahiran buat ku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan