Pulang ke Perak untuk sama-sama melaksanakan apa yang telah dirancang
Gotong royong fasa 1 dengan sasaran menyiapkan 2 bilik tambahan
Bak kata pepatah..
Langkah ke depan bermula dengan langkah pertama
Rabu sebelum CNY aku ke sekolah Izzul
Mungkin aku yang tiba awal sebelum kelas tamat
3 kali juga meronda sementara banyak kereta keluarga lain berbaris panjang
Jam 3 ptg bergerak balik ke rumah
Jam 9 pg jumaat aku dan keluarga bertolak ke utara
Di Slim River kenderaan semakin banyak di highway
Aku buat keputusan keluar ke 'jalan lama'
Hingga Ipoh, singgah solat jumaat di Pengkalan Gate
Singgah lunch di 'Mee Rebus Ramli'
Aku berpatah balik menghala Ipoh dan terus melalui Chemor
Sepanjang perjalanan sangat 'menyesakkan'
Namun aku hadamkan sahaja dengan perasaan yang neutral.. Lumrah..
Di Kuala Kangsar, aku kembali masuk ke highway
Alhamdulillah.. jam 4.30 ptg selamat tiba di halaman rumah
Kelihatan bata, batu, pasir dan simen yang menanti untuk digaul
Sangat teruja untuk memulakan 'kerja kontrak'
Jam 6.15 ptg, Heri tiba dengan Aisya
Mulakan kerja membuat longkang untuk beam
Sehingga jam 12.30 mlm menyiapkan beam
Badan sudah mula terasa kesan
Sabtu, seawal pagi aku ready mulakan kerja
Sehingga jam 2 ptg siap tuang konkrit
Sangat teruja untuk melihat bata disusun
Malam ini kami ber BBQ rehatkan badan
Seharian mulai pagi Ahad kami menaikkan bata
Badan terutama tangan kiri aku terasa semakin sakit
Aku usaha dengan tangan kanan sahaja
Malam ini kami ke Kuala Kurau memancing rehatkan minda
Memandangkan aku saha menggunakan mata kail kecil
Makan aku sahaja naikkan ikan duri
Heri, Latt, Oon, Khalil hanya tumpukan siakap
Balik jam 3 pg berbekalkan 13 ekor duri bersaiz kecil dan sedang
Isnin pagi aku mulakan kerja mengemas
Yang lain menyusul
Alhamdulillah sehingga petang isnin 75% berjaya disiapkan
Menunggu tingkap yang mak nak sponsor
Malam jam 9 aku bertolak pulang ke NS
Badan agak letih namun aku harus bergerak kerana Izzul perlu pulang asrama
Sepanjang dari BS melalui 'jalan lama'
Masuk highway di Bidor
Singgah restoran jejantas Sg. Buloh mencari roti dan kopi
Tiba NL jam 4.30 pagi
Jam 4 ptg selasa aku bergerak hantar Izzul
Singgah Dominos untuk memenuhi kemahuan anak-anak
Pulang untuk sambung berehat
Khamis aku masuk pejabat
Walaupun cuti kali ini agak penat
Namun aku puas hati
Semoga Allah permudahkan usaha murni kami.. InsyaAllah..
Aminn..
![]() |
Kerja awal memotong besi untuk beam |
![]() |
Kelihatan pembancuh simen yang berjasa walaupun perlu sentiasa dimanjakan |
![]() |
Pelan rumah sekarang design by heri ൫ |
![]() |
Perancangan Fasa 1 design by heri ൫ |
![]() |
Pertama kali air naik di kg |
![]() |
Bata, Batu & Pasir kena air |
![]() |
Juadah BBQ sementara menunggu beam kering |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan