Isnin, 23 Januari 2017

AWAL MINGGU SEBELUM CNY

Hari ini sudah menjangkau ke minggu ke-4
Bulan 1 tahun 2017
Setakat ini hal berkaitan persekolahan anak-anak sudah dilaksanakan
Hal pakaian, yuran, sudah aku jelaskan

Tahun ini UPSR dan PT3 buat baby dan Izzul
Juga persediaan Aina menjelang keputusan SPMnya
Aku perlu tekad yang kuat
Hal kewangan dan jadual harian yang sangat ketat

InsyaAllah anak-anak mula bercuti CNY mulai rabu
Planning untuk pulang upgrade rumah mak di BS
Semoga usaha kami adik beradik mendapat berkat
Sesungguhnya peningkatan dan kemajuan amat perlu dalam kehidupan ini

Di pejabat.. ramai terlibat dengan retreat dan kursus
Pencalonan aku ke kursus yang sepatutnya pada pertengahan Februari
Nampaknya ditolak oleh penganjur
Kempunan juga untuk bergambar di Eiffel Tower
Tambahan pada musim dingin begini
Rezeki aku mungkin pada lain masa.. InsyaAllah..

Semalam bersama keluarga ke KLIA
Ziarah keluarga kak norma dan kak uji sebelum berangkat ke tanah suci
Rezeki mereka untuk ke sana
Semoga aku juga diberikan peluang untuk ke sana.. InsyaAllah..

Mudah2an mood aku hari ini sangat teruja
InsyaAllah..
Isnin menjelang cuti panjang..
Semoga Allah berkati setiap usaha murni yang aku rancangkan..    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan