Isnin, 20 Februari 2017

BERULANG-ALIK DI HUJUNG MINGGU

Seminggu sibuk dengan hal kehilangan di Klang
Juga bertindak mengikut arahan
Pengalaman terlibat secara langsung dalam pencarian
Dan berhadapan mereka yang berkaitan

Hujung minggu masa untuk keluarga
Kalau minggu lepas aku ke FST UKM
Membawa baby ke Seminar UPSR
Serta orang pertama hadir ke pejabat
Selepas dapat maklumat dan arahan kes kehilangan

Minggu ini aku berulang-alik ke sekolah Izzul dan Baby
Sabtu pagi aku ke Hari Terbuka Asrama Izzul
Sampai di sana jam 10.30 pagi.
Melayan anak-anak disana hingga jam 12.15 tgh

Balik rumah untuk bawa baby ke jamuan kesyukuran di sekolah
Izzul ikut outing
Lewat disana hingga jam 2.15 ptg terus bawa baby ke tusyen
Balik semula sebelum bawa Izzul pulang asrama

Jam 5.15 terus gerak ambil baby
Balik terus ke rumah
Malam ini aku tengok Perak vs JDT
Perak menang 2-1

Awal pagi ahad singgah 'char kuey tiow' sebelum hantar baby tusyen
Tolong jiran tebang dan kemaskan pokok di halaman
Ambil baby dan segera balik ke kenduri tunang anak jiran
Malamnya aku terlelap depan TV



Tiada ulasan:

Catat Ulasan