Mata tak mahu lelap awal
Jam 8 pagi aku terjaga disebabkan bunyi ketukan pintu bilik
Sayup kedengaran
Aku rasakan seolah ketukan di bilik lain
Mengemas baju dan barangan peribadi
Aku diminta check out seawal 12 tgh.
11 pagi aku turun untuk check out.
Memandangkan aku sudah kosongkan bilik
Terpaksa tinggalkan sementara beg di receptionist
Penat berpusing sekitar hotel, terjumpa juga tshirt di Farmer Mall
180 piso sehelai. Aku beli 8 helai.
Rasa seperti sukar lagi berjumpa kedai tshirt lain
Pulang terus ke lobi hotel sekitar 2 ptg.
Jumpa bapak Indonesia di lobi
Beliau bagi info souviner ada di SM Mall
Kembali dengan beg yang berat ke sana
Sekurang2nya dapat juga mencari sesuatu selain tshirt
Pengalaman sangat berguna sepanjang perjalanan ke Baklaran
Pertamanya bergelumang dgn manusia yang sesak dalam MRT
Keduanya, masalah disini terlalu kerap lalu spot check security
Jenuh juga dengan beg yang berat
Paling penting pengalaman...
MRT to Baklaran. Sebenarnya di Taft Avenue stesyen terakhir..
Teksi ke NAIA Terminal 1. Ngam pukul 6 ptg sampai.
Check in siap2. Ok bagasi terus ke KLIA
Flight boarding 9.35mlm.
Tak sempat claim VAT...
Transit Changi Airport, Singapura.
Flight landing dalam 12.30pg.
Perkataan pertama yang terlintas di fikiran, memang terbaik.
Budaya bekerja yang terpuji.
Mereka menyediakan keselesaan kepada pengunjung
Setimpal dengan kos bila berada disini.
Namun, pengalaman aku yang sekejap ini pun sudah dapat memberikan gambaran bahawa budaya kerja disini sangat komited.
Tiada ruang dan tiada peluang untuk tangan mereka berehat
Dibelakang.. aku tak perlu tahu
Setiap pekerja disini, nampak komited dan serius dengan kerjaya
Sehinggakan bekas minuman seorang pekerja terjatuh sebaik aku melalui premisnya
Mungkin kebetulan sahaja.., namun sikapnya yang bingkas bangun menunjukkan sesuatu perihal budaya dan sikap mereka bekerja
Mereka ada hormat dan respek kepada pengunjung
Mereka sentiasa rasakan pengunjung adalah keutamaan.
Solat subuh terlewat. 6.30pg.
Aku baru berjaya log in wifi.
Terus kemaskini blog disini.
LT Changi, Singapura
7.35pg.
![]() |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan