Partner aku kali ini seorang pendiam
Aku juga ikut rentak jadi pendiam
Sepanjang masa bersendirian
Berbeza dari perjalanan terdahulu
Daejeon dan Seoul tahun 2011 dan 2014
Beijing 2012
Sri Lanka 2013
Obsninsk dan Moscow 2015
Di Manila, hari2 ku berlalu tanpa aktiviti yg menarik
Hari pertama, melihat gelagat warga Manila di Shopwise.
Shopping complex golongan rendah dan pertengahan
Melihat gelagat manusia beratur lama sambil kakitangan pasaraya membuat promosi shopping spree.
Aku hanya mencelah membeli peralatan yang asas
Pisau, bekas lock & lock seperti di Daejeon dulu, sikit buah dan mineral water
Hari ke-2, Isnin.
Kelas bermula. Berkenalan dengan rakan sepejuangan dari tanah Arab, Asia Tenggara, Asia tengah, dll
Malamnya ada dinner di Barbara's restaurant.
Menempuh jem yang teruk semata2 untuk merasakan suasana Old Manila. Bandar bersejarah seperti di Melaka.
Melihat tarian budaya yang tidak jauh berbeza dengan budaya Malaysia. Tarian buluh. Cuma penggunaan alat muzik ala-ala Mexico. Memang sejarah Filipina berkaitan.
Hari ke-3, cuaca hujan.
Lepas kelas aku berjalan lagi ke shopping complex bersebelahan iaitu SM.
Mungkin sesuai buat golongan kelas atasan
Barangan branded dan mahal berbanding Malaysia
Tiada keperluan untuk shopping disini
Tiada yang murah disini
Hari ke-4, 5 aku ambil keputusan untuk duduk di bilik sahaja.
Suasana malam masih sesekali bingit dengan hon kenderaan.
Lokasi Hotel juga tidak jauh dari stesen bas Cubao.
Malam ini aku repair presentation untuk esok.
InsyaAllah aku akan buat yang terbaik pada hari terakhir kursus.
Jam 01.19 pagi.
Jam 4.30 waktu subuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan