Program kolokium buat julung kalinya di pejabat
Hasrat mulia "Ke Arah Pembudayaan Perkongsian Ilmu"
Namun budaya tempat kerja sukar dimengerti
Aku abaikan budaya itu dan memberikan laluan demi suatu kebaikan
Harapan aku tetap kekal sama
Pengalaman diluar hampir 9 tahun sepatutnya aku bawa ke sini
Aku tidak mahu berputus asa
Aku akan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan
Hijrah Nabi telah berlaku lebih dari 1438 tahun
Hijrah aku juga sudah berlaku lebih 44 kali
Setiap kali berlaku, harapan hanya untuk yang lebih baik
Hijrah memang sepatutnya untuk sesuatu yang lebih baik
Hijrah aku untuk memasuki 1438 ini berlaku di Malaysia hingga ke Manila
Seterusnya Manila ke Singapura dan pulang ke Malaysia semula
Dunia ini amatlah kecil
InsyaAllah kita tidak akan sesat kerana Allah sentiasa bersama
Di Daejeon aku berbasikal hingga terlepas simpang
Dalam ketenangan aku pulang ke bilik asrama
Di Manila aku berbekal map yang aku print screen dari tab
Ketenangan juga membawa aku pulang ke bilik hotel
Ketenangan dan percayakan diri sendiri
Percayakan kekuasaan Allah atas segalanya
Bumi ini milik Allah...
Manusia hanya menumpang demi sesuatu yang kekal pada akhirnya
....................
Semoga Aina berjaya dalam SPMnya kelak
Semoga Aina berjaya dengan apa jua cita-citanya
Aku hanya berkesempatan meluangkan masa dalam program konvo sekolahnya
Sekurang-kurangnya pihak sekolah telah memotivasikan Aina kepada kejayaan
Hanya itu mampu bagiku dan menunjukkan keprihatinan dan perhatian sebagai seorang ayah kepada anaknya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan