Isnin, 31 Oktober 2016

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN - NUR FARHAH IMAN 1 TAHUN

Selamat Hari Lahir - Iman 1 tahun pada 29 Okt.
Iman istimewa bagiku.
Berbeza 10 tahun dari kakaknya
Lahir setahun lalu dengan dugaan Allah..
AlhamduIillah, semoga tiada yang lebih baik baginya hanya kesihatan..
Semoga membesar dengan kesihatan dan kekuatan
Semoga sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt.

Jumaat 28 Okt aku bersama keluarga berkunjung ke rumah adik Su. Tidur di sana.

Mlm sgt bising dengan dentuman mercun
Semoga kita saling memahami
InsyaAllah.. bangsaku sangat memahami
Semoga sifat bangsaku tidak sesekali dipandang sepi

Pagi 29 aku hantar workshop keretaku

Skru sepanjang 1 inci tertusuk ditayar kiri belakang
Mudah2an tiada yg serius
Keluar ke kenduri anak sedara kak Arah
Hujan lebat.. Kenduri jadi sangat santai

Pulang bawa kak siah dan kak norma

Ziarah rumah kak kathy
Sambut hari lahir adik disana
Semoga adik sentiasa mendapat lindungan dari Allah swt.

Malam ini

KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA 2016
Kalahkan Selangor dengan kelebihan penalti 1 gol.

Khamis, 20 Oktober 2016

HADIR PROGRAM KONVO AINA DALAM KESIBUKAN BERKOLOKIUM

Program kolokium buat julung kalinya di pejabat
Hasrat mulia "Ke Arah Pembudayaan Perkongsian Ilmu" 
Namun budaya tempat kerja sukar dimengerti
Aku abaikan budaya itu dan memberikan laluan demi suatu kebaikan

Harapan aku tetap kekal sama
Pengalaman diluar hampir 9 tahun sepatutnya aku bawa ke sini
Aku tidak mahu berputus asa
Aku akan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan

Hijrah Nabi telah berlaku lebih dari 1438 tahun
Hijrah aku juga sudah berlaku lebih 44 kali
Setiap kali berlaku, harapan hanya untuk yang lebih baik
Hijrah memang sepatutnya untuk sesuatu yang lebih baik

Hijrah aku untuk memasuki 1438 ini berlaku di Malaysia hingga ke Manila
Seterusnya Manila ke Singapura dan pulang ke Malaysia semula
Dunia ini amatlah kecil
InsyaAllah kita tidak akan sesat kerana Allah sentiasa bersama

Di Daejeon aku berbasikal hingga terlepas simpang
Dalam ketenangan aku pulang ke bilik asrama
Di Manila aku berbekal map yang aku print screen dari tab
Ketenangan juga membawa aku pulang ke bilik hotel

Ketenangan dan percayakan diri sendiri
Percayakan kekuasaan Allah atas segalanya
Bumi ini milik Allah...
Manusia hanya menumpang demi sesuatu yang kekal pada akhirnya

....................
Semoga Aina berjaya dalam SPMnya kelak
Semoga Aina berjaya dengan apa jua cita-citanya
Aku hanya berkesempatan meluangkan masa dalam program konvo sekolahnya
Sekurang-kurangnya pihak sekolah telah memotivasikan Aina kepada kejayaan
Hanya itu mampu bagiku dan menunjukkan keprihatinan dan perhatian sebagai seorang ayah kepada anaknya..

Ahad, 9 Oktober 2016

PENGALAMAN BERHARGA WALAUPUN MEMILIH LALUAN BERLIKU

Aku tertidur selepas solat subuh sekitar jam 5 pagi
Mata tak mahu lelap awal
Jam 8 pagi aku terjaga disebabkan bunyi ketukan pintu bilik
Sayup kedengaran
Aku rasakan seolah ketukan di bilik lain
Mengemas baju dan barangan peribadi
Aku diminta check out seawal 12 tgh.
11 pagi aku turun untuk check out.

Memandangkan aku sudah kosongkan bilik
Terpaksa tinggalkan sementara beg di receptionist
Penat berpusing sekitar hotel, terjumpa juga tshirt di Farmer Mall
180 piso sehelai. Aku beli 8 helai. 
Rasa seperti sukar lagi berjumpa kedai tshirt lain

Pulang terus ke lobi hotel sekitar 2 ptg.
Jumpa bapak Indonesia di lobi
Beliau bagi info souviner ada di SM Mall
Kembali dengan beg yang berat ke sana
Sekurang2nya dapat juga mencari sesuatu selain tshirt

Pengalaman sangat berguna sepanjang perjalanan ke Baklaran
Pertamanya bergelumang dgn manusia yang sesak dalam MRT
Keduanya, masalah disini terlalu kerap lalu spot check security
Jenuh juga dengan beg yang berat
Paling penting pengalaman...

MRT to Baklaran. Sebenarnya di Taft Avenue stesyen terakhir..
Teksi ke NAIA Terminal 1. Ngam pukul 6 ptg sampai.
Check in siap2. Ok bagasi terus ke KLIA
Flight boarding 9.35mlm.
Tak sempat claim VAT...

Transit Changi Airport, Singapura.
Flight landing dalam 12.30pg.
Perkataan pertama yang terlintas di fikiran, memang terbaik.
Budaya bekerja yang terpuji.
Mereka menyediakan keselesaan kepada pengunjung
Setimpal dengan kos bila berada disini.
Namun, pengalaman aku yang sekejap ini pun sudah dapat memberikan gambaran bahawa budaya kerja disini sangat komited.
Tiada ruang dan tiada peluang untuk tangan mereka berehat
Dibelakang.. aku tak perlu tahu
Setiap pekerja disini, nampak komited dan serius dengan kerjaya
Sehinggakan bekas minuman seorang pekerja terjatuh sebaik aku melalui premisnya
Mungkin kebetulan sahaja.., namun sikapnya yang bingkas bangun menunjukkan sesuatu perihal budaya dan sikap mereka bekerja
Mereka ada hormat dan respek kepada pengunjung
Mereka sentiasa rasakan pengunjung adalah keutamaan.

Solat subuh terlewat. 6.30pg.
Aku baru berjaya log in wifi.
Terus kemaskini blog disini.

LT Changi, Singapura
7.35pg.






 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
         
 


Jumaat, 7 Oktober 2016

MALAM JUMAAT DI MANILA - BERKELANA HARI KE 6 DI BUMI FILIPINA

Partner aku kali ini seorang pendiam
Aku juga ikut rentak jadi pendiam
Sepanjang masa bersendirian
Berbeza dari perjalanan terdahulu

Daejeon dan Seoul tahun 2011 dan 2014
Beijing 2012
Sri Lanka 2013
Obsninsk dan Moscow 2015

Di Manila, hari2 ku berlalu tanpa aktiviti yg menarik
Hari pertama, melihat gelagat warga Manila di Shopwise.
Shopping complex golongan rendah dan pertengahan
Melihat gelagat manusia beratur lama sambil kakitangan pasaraya membuat promosi shopping spree.
Aku hanya mencelah membeli peralatan yang asas
Pisau, bekas lock & lock seperti di Daejeon dulu, sikit buah dan mineral water

Hari ke-2, Isnin.
Kelas bermula. Berkenalan dengan rakan sepejuangan dari tanah Arab, Asia Tenggara, Asia tengah, dll
Malamnya ada dinner di Barbara's restaurant.
Menempuh jem yang teruk semata2 untuk merasakan suasana Old Manila. Bandar bersejarah seperti di Melaka.
Melihat tarian budaya yang tidak jauh berbeza dengan budaya Malaysia. Tarian buluh. Cuma penggunaan alat muzik ala-ala Mexico. Memang sejarah Filipina berkaitan.

Hari ke-3, cuaca hujan.
Lepas kelas aku berjalan lagi ke shopping complex bersebelahan iaitu SM.
Mungkin sesuai buat golongan kelas atasan
Barangan branded dan mahal berbanding Malaysia
Tiada keperluan untuk shopping disini
Tiada yang murah disini

Hari ke-4, 5 aku ambil keputusan untuk duduk di bilik sahaja.
Suasana malam masih sesekali bingit dengan hon kenderaan.
Lokasi Hotel juga tidak jauh dari stesen bas Cubao.

Malam ini aku repair presentation untuk esok.
InsyaAllah aku akan buat yang terbaik pada hari terakhir kursus.

Jam 01.19 pagi.
Jam 4.30 waktu subuh.

Ahad, 2 Oktober 2016

SELAMAT TAHUN BARU 1438H

SALAM MAAL HIJRAH..
SELAMAT TAHUN BARU 1438H..
SEMOGA KEHIDUPAN LEBIH DIBERKATI..
SEMOGA DUNIA ILHAM AKHIRAT..

1 Muharram 1438H di Manila, Filipina

Copy dari diari Tab

.. Pagi sabtu, 1 Okt. sarapan gerai Char Kuey Tiow dgn family.
Hj Zainal pun singgah sama.
Su masuk kelas ngaji 10.30 sampai 12.15.
Cari bahan dgn Su di Tesco untuk 1 minggu.
Samer alone juga shopping.

Balik rumah dah dekat jam 3ptg.
Packing untuk 1 minggu di Manila.
Lepas asar, 5.00ptg. Shahrul dtg dgn family.

Gerak ke KLIA2 jam 5.30ptg.
Singgah Mitsui Outlets. Mahal2 belaka.
Gerak terus KLIA2. Check in beg siap2.
Solat maghrib dulu.
KFC KLIA2. Boleh tahan..
Selesai, aku terus kena rushing for boarding.
8.35mlm aku baru nak gerak masuk lepas pintu pertama boarding check.
Lalu 2 kali x-ray.  Tak sempat nak pakai balik belt. Rasanya aku kena cepat sikit.
Sampai gate Q3 nampak macam aku shj lagi yg belum boarding.
Ngam2 ada 2-3 minit lagi sebelum 8.55mlm.
Alhamdulillah, rezeki aku. Allah permudahkan.

Time sekarang 20.22 mlm.
Selamat menyambut tahun baru 1438H.
Hijrah Malaysia ke Manila untuk mencari ilmu.. seminggu shj..
InshaAllah.. semoga Allah memberi perlindungan sepanjang aku disana. Aminn..

Airport Officer tunggu aku sebaik masuk ruang airport.
Alhamdulillah pergerakan aku jadi lebih mudah.
Rasa bagaikan duta pulak dapat layanan yg baik.
Berlegar2 di level 3 NAIA.
Lepak di satu sudut kedai makan yg gelap.
Jam 4.30 solat subuh.
5.45 aku walkabout, dptkan feel sebelum next week.
At least aku dah boleh plan dan timing untuk balik KL next week.
Ngam2 keluar ke level 1, jumpa PNRI officer.
Alhamdulillah. Allah menentukan dan mempermudahkan aku.
Aku sendiri tak plan. Officer tu pun baru shj dtg terus aku jumpa.
Alhamdulillah..
Teksi ke Hotel kena p250. Ok la tu. Kalau ikut organiser fee dlm p700.
Relak dalam bilik shj.
Tidur 9pg sampai 2ptg. Letih semalaman berjaga.

Salam Maal Hijrah dan Selamat tahun baru 1438H.

4.05ptg.
MANILA, PHILIPPINES