Hari ini 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal
Aku masih mencari kesempatan melengkapkan puasa hari ke-6
InsyaAllah esok tekad untuk melunaskannya
Cerita Minggu Lepas
Jumaat 29 Julai, memeriahkan jamuan Aidilfitri Bhg
Paginya bersama dalam mesyuarat
Sesekali keluar untuk membantu menyediakan minuman
Alhamdulillah agak meriah program kali ini
Selesai jam 1.15 tgh, aku bergegas ke SB
Lewat untuk solat jumaat
Aku akui culas dalam pengurusan masa
Ambil Izzul. Harith juga bersama dibawa pulang
Lewat untuk tiba dan membawa pula Aina untuk pendaftaran program kemnya
Hampir 3.30 ptg tiba ke sekolah
Moga tiada kesulitan baginya atas kesilapan aku
Malamnya aku dan Su agak keletihan
Menyiapkan juadah Laksam, Rendang, mee rebus untuk hidangan esok
Jam 3.00 pagi masih mengisar bahan mentah
Dapat tidur hampir jam 4.30 pagi
Awal pagi, abg Li tiba bersama kak Keti
Singgah sebelum hantar ke airport
Mira juga tiba seawal pagi
Mudah-mudahan bantuan mereka mendapat balasan kebaikan dari Allah SWT
Sehingga lewat malam melayan tetamu
Kebanyakan kenalan dan keluarga Su
Di pihak aku cuma Apat hadir
Walau bagaimanapun aku bersyukur berjaya mengadakan hajat Su
Ahad, aku hanya berehat di rumah
Jam 12.30 hingga 1.30 menunggu Aina di sekolah
Menumpangkan rakannya dari flat
Menghantar kembali Izzul ke sekolah
Semoga Allah memberkati aktiviti ku sepanjang Syawal ini
Walaupun agak ketat dan kekurangan dana
namun Allah beriku perasaan tenang
Namun aku akan berusaha mengembalikan situasi aku ke landasan yang lebih baik
Mudah-mudahan.. Allah bersamaku, InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan