Mungkin pepetah ada berkata, manusia hanya ada 2 tangan..
Ataupun.. sambal menyelam, minum air..
Maksudnya bagi aku,
Manusia macam aku hanya dibatasi oleh 2 kerja dalam sesuatu masa
Hanya 2 perkara tersebut dapat kita berikan tumpuan sepenuhnya
Namun jika kita cuba untuk lakukan perkara ke-3 pada masa yang sama
Mungkin kualitinya sudah tiada..
Mungkin juga ada manusia yang diberikan keistimewaan..
Melakukan lebih dari 2 perkara dalam satu masa..
Walaupun ada 2 tangan namun berkebolehan menggunakan kaki..
Atau berupaya hanya menggunakan suara untuk perkara ke-3..
Begitu juga sambal menyelam, minum air, sambal tangan menangkap ikan..
Apa yang penting disini..
Kebijaksanaan kita dalam melakukan kerja-kerja itu..
Realiti aktiviti aku sepanjang ogos ini sibuk dengan urusan komuniti..
Disamping rutin kerja dan pengurusan keluarga..
Sedikit terbatas aktiviti kerana masalah kewangan yang terhad
Disini.. psikologi aku menurun kerana terlalu memikirkan soal kewangan
Hinggakan hubungan dengan sanak saudara aku 'abaikan' buat sementara
Itu kelemahan aku..
Alhamdulillah.. menjelang akhir ogos ini aku cuba atasi masalah sedikit demi sedikit..
Masalah berpunca dari diri sendiri..
InsyaAllah akan aku cuba imbangkan peribadi, keluarga, kerjaya, masyarakat dengan seoptima mungkin..
Biar semuanya aku peduli.. jangan 1-2 perkara sahaja aku tumpukan 100% namun perkara ke3, ke4.. aku abaikan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan