Alhamdulillah..
Pertamanya sebab gaji pada hari ini
Dapat aku bayar mana yang sepatutnya
Ada juga yang dah delay.. Namun semoga Allah merahmati apa jua yang baik bagiku
Allah lebih mengetahui akan apa jua tindak tanduk hambanya
Sesungguhnya aku amat takut akan kemurkaanNya
InsyaAllah.. aku usahakan sesuatu hanya untuk kebaikan semua
Syawal masih berbaki 8 hari..
Aku harus tekadkan azam untuk menyelesaikan secepat mungkin..
Semoga puasaku kali ini tidak menjangkau sehingga saat terakhir
Saat dimana tumpuan menjadi 100% untuk menyempurnakan tuntutan Allah..
Sehinggakan pada saat itu, segala pancaindera akan bersatu
Dan tekad menjadi sangat kuat
InsyaAllah.. Suatu kebaikan ada manisnya
Suatu amalan yang baik ada kerahmatannya
Malam tadi selesaikan program bersalawat di fasa perumahanku
Semoga silaturrahim semakin utuh di persekitaran kejirananku
Tengahari aku berkarya di majlis pemaju
Selesai, aku terus ke SB melawat Izzul di asrama
Tempat ke-2 katanya dalam penyertaan nasyid terbuka NS
Alhamdulillah.. Aktiviti sampingan dalam memenuhi minat dan kecenderungannya
Pada sabtu, aku hadir ke open house Hafizol sebelum bergegas ke RW
Sesak dimana-mana sahaja
Tiba RW agak lewat.. hampir jam 5 ptg
Berkonvoi dengan Fauzi ke Serdang
Hajat untuk bersama bersalawat di D'C tidak dapat ku kejarkan
Hanya bersama keluarga sehingga jam 12.30 mlm.
Hantar Shahrul sebelum pulang ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan