Cerita minggu lepas, aku hadir ke sekolah Izzul hanya untuk bertanya khabar..
Rupa2nya semua pelajar tidak boleh pulang pada minggu itu..
Silap aku sendiri..
Tidak mengapa.. pengalaman untuk aku..
Sekurang-kurangnya dapat berjumpa Izzul untuk solat Jumaat pada hari itu..
Hajat anak-anak sedara untuk bermesra dengan Izzul tidak tercapai..
Melawat mereka pada petang Sabtu. Puas melayan jem selepas hadir majlis perkahwinan anak saudara abg shahrom di SW.
Pagi sabtu tu baby ada program sukan di sekolahnya.
Dia cuma masuk acara perbarisan..
Mungkin itu sahaja kemampuannya yang sesuai dan dilihat guru.
Ahad pula hadir majlis perkahwinan anak staff di rumahnya berdekatan pejabat.
Terus menjenguk Izzul pada petang itu.
Minggu ini juga Izzul tak boleh pulang sebab minggu depan sekolah sudah mula bercuti semester..
In sha Allah. Kami akan hadir melawat seperti biasa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan