Alhamdulillah..
Tahun pertama terus serasi dengan pasukan nasyid sekolah barunya..
Semoga aktiviti ini menjadi asbab kebaikan dan keseronokan Izzul di sekolah..
Pelajaran amat penting sekarang..
Namun aku relakan Izzul dengan minatnya dikala masa lapangnya..
Kebaikan juga untuknya untuk aktiviti kokurikulumnya..
Johan peringkat negeri.. In sha Allah Nov. peringkat kebangsaan di UM.
Itu cerita pada hari sabtu..
Hari ahad aku berkejar ke dua lokasi untuk mesyuarat PIBG.
Selesai di sekolah rendah 'Baby'.. terus ke sekolah Izzul pula.
Tak sempat melihat Izzul beraksi di pentas sekolahnya.
In sha Allah.. minggu depan cuti persekolahan.
Jika tiada aral, aku akan pulang ziarah mak dan abah di kg.
Rindu anak tidak pernah luntur kepada kedua ibubapanya..
Bergantung atas diri kita setiap perlakuan kita atas keduanya.
Kasih ibu bapa bawa ke syurga..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan