Salam Jumaat..
Minggu ini, isteri minta untuk ambil Izzul dari asrama.
Baru sahaja bercuti 1 minggu pada minggu lepas...
Hati ibu lebih dekat dengan anaknya...
Lagipun hujung minggu hendak bertandang ke rumah iparnya..
Semoga hubungan sillaturahim lebih terjalin bila dapat berjumpa...
Aku sendiri sibuk dengan dunia aku hinggakan lupa untuk menjenguk anak-anak saudara aku...
Lebih-lebih lagi anak-anak arwah kekanda..
Ya Allah...
Aku sedar akan tanggungjawab itu.. namun masih berat untuk kerap ke sana..
Aku bukan lupa akan tanggungjawab.., aku bukan tidak ingatkan mereka..., apa lagi untuk mengetepikan mereka dari diari harian aku..
Tetapi aku sendiri tidak mampu untuk merancang kehidupan seharian yang 'perfect'..!!!
Keluarga, kerjaya, masyarakat, dan lain-lain...
Semoga Allah memaafkan kekhilafan dan kedaifan diri ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan