Isnin, 23 Februari 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA - CNY 2015

Anak-anak telah mula bercuti sempena CNY seawal selasa 17 Feb.
Aku ambil Izzul pada petang isnin.
Sampai di sekolah seawal jam 2.15 ptg.
Sebelum itu aku menyelesaikan tugasan biasa di balai..

Khamis 19 Feb selepas hadir ke majlis kenduri kesyukuran di Camelia, aku terus bergerak bersama keluarga dan juga jiran untuk ke PB.
Jalan jem dimana-mana. Ambil keputusan mengikut lekas.
Aku gunakan sepenuhnya pengalaman cilok-mencilok laluan alternative dalam menuju PB.
Kenderaan agak banyak diserata pelusuk jalan.

Jam 5.30 ptg kami tiba ke destinasi.
Siap check in, anak-anak sudah tidak sabar untuk terjun ke kolam.
Aku pula sibuk mencari sesuatu untuk BBQ malam ini.
Malam, kami BBQ apa yang ada..
En. M sampai waktu hampir jam 9.00 mlm.
Aku turun dengan joran lewat malam.
Tiada hasil selama hampir 2 jam di tepi pantai.

Awal pagi jumaat, anak-anak telah sibuk terjun kolam.
Aku hanya duduk bersembang di beranda sampai menghadap ke arah pantai dan berlatar belakangkan suara anak-anak yang riuh rendah..

Selepas solat jumaat, kami bergerak mencari makanan untuk lunch..
Malangnya kedai yang aku cari tutup pada hari ini..
Singgah Klebang.. keadaan kedai makan agak mengecewakan..
Makan pun kena cari inisiatif..
Nasi dari kedai lain.. lauknya dari kedai yang lain..

Singgah P.Puteri untuk duduk sebelum pulang ke PB.
Dalam perjalanan, singgah di TB. Itu pun untuk mengembalikan nostalgia En. M.
Saat pertama dating dengan Kak H katanya..

Sampai chalet tepat ketika matahari terbenam di ufuk barat. Azan maghrib juga segera berkumandang..
Selesai solat, aku terus turun ke pantai..
Sama seperti sebelum ini.. tiada hasil. Yang ada hanya seekor ikan duri sumbangan 'member sebelah'.. 

Hari sabtu, jam 11.00 tgh kami bersedia untuk check out dan pulang.
Tempuh jem melalui jalan pantai..
Sampai rumah seawal jam 4.00 ptg.
Badan agak letih.. yang penting anak dan isteri happy...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan