Khamis, 31 Disember 2015

MENJELANG DETIK 12.00 MALAM 31.12.2015

Semoga 2015 yang bakal melabuhkan tirai dalam beberapa detik akan meninggalkan kenangan dan manfaat walau sekelumit.
Insha Allah.. Aku perbaiki pencapaian memasuki 2016
Tumpuan kepada agenda besar
Perkara remeh harus diketepikan sementara

Bak kata pejangga, pasu yang besar hendaklah dimuatkan dengan batu yang besar dan diikuti pasir yang halus..
Maka semuanya akan termuat
Sebaliknya jika pasir halus didahului, alamatnya sia-sialah masa untuk memenuhkan semuanya..

Faham dan Laksanakan.. (Moto tahun 2016) 

Rabu, 30 Disember 2015

MENJELANG TAHUN 2016

Emosi aku bercampur-campur pada penghujung 2015 ini..
Hanya Allah sahaja maha mengetahui akan segalanya..

Hujung minggu lepas pulang ke kg.
Aku turuti kemahuan isteri..
Ingin berada lebih lama di rumahnya..
Sabtu, selepas maghrib baru bergerak ke rumahku..

Sepanjang hari aku bekerja dibelakang rumah
Mula dengan membersihkan kolam hinggalah mengemaskan reban ayam terbiar
Ruang makan pun sudah aku cat purple color..
Nampak gelap, tapi ok la..

Anak-anak banyak menghabiskan masa dengan gadjet
Apa lagi boleh aku buat
Kebarangkalian semua anak-anak sedang melakukan benda yang sama
Mak Ayah makan hati melihat anak-anak..

Tgh tadi terkesan juga dengan isu yg dibincang di IKIM fM
Hampir macam2 isu yang berkaitan dengan aku
Antara kata-kata hikmah yang wajib menjadi azimat menjelang 2016

"Kita tidak perlu mengungkit dan mengenang segala kebaikan yang kita lakukan.. Tidak perlu mengharapkan ucapan terima kasih dari sesiapa..
Keikhlasan diri dan mencari redha Allah lebih penting..
Jiwa tenang, hati senang.
Manusia memang lumrah sebagai pelupa.. Jangan mengharap balasan dan penghargaan..
Kita wajib lupakan apa kebaikan kita kepada orang lain..
Jangan sehingga sakit jiwa..

Rabu, 23 Disember 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1437H

2015 bakal berlalu dalam 9 hari lagi
Suasana di rumah mahupun pejabat agak relak di penghujung tahun ini
Anak-anak masih dalam mood cuti..
Masih sibuk dengan urusan gadjet masing-masing

Dari tahun ke tahun.. Hobi anak-anak berubah-ubah..
Selari dengan perubahan teknologi gadjet..
Kalau beberapa tahun lepas anak-anak sibuk dengan PS..
Nampaknya tahun ini sibuk dengan permainan online di hp masing-masing

Di pejabat.. nampaknya ramai yang bercuti..
Esok 24 Dis. 2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1437H adalah salah satu hari kebesaran Islam
Ulang tahun kelahiran insan teragung
Nabi Muhammad, Rasullullah SAW. Rasul junjungan..

Insha Allah aku akan manfaatkan cuti sebaik mungkin
Aku harus gunakan baki hari-hari terakhir 2015 ini untuk menyusun strategi ke arah 2016 yang lebih baik..
Walaupun bulan-bulan akhir 2015 ini aku agak bergelumang dengan masalah peribadi
Namun semoga menjadi asbab untuk aku lebih Berjaya pada tahun mendatang

Insha Allah..



Khamis, 10 Disember 2015

MUHASABAH DIRI - SIKAP DIRI

💐 اعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم الله الرحمن الرحيم
🌺 السلام عليكم ورحمة الله و بركاته!
💐 صحابة دان قرابة، مسلمين موءمنين متقين محسنين يغ درحمتي الله!
💥 الله اله دان رب، محمد ابن عبدالله نبي دان رسول، دان اسلام الدين، سيستم دان جارا هيدوف يغ مغاكو مسلم موءمن.
🌺 تذكرة ٨٣٩ هاري خميس ٢٨ صفر ١٤٣٧ @ ١٠ ديسيمبر ٢٠١٥.
#tazkirah
Sifat terburu-buru (al-'ajalah) menjadi fokus tazkirah kita hari ini.
Kebanyakan orang, apabila menghadapi sesuatu persoalan dan masalah, mereka bertindak ikut hawa (nafsu) tanpa berfikir dengan baik.
Mereka bertindak tanpa memahami pokok persoalan, sebaliknya hanya berdasarkan syak wasangka, khabar angin dan seumpamanya.
Demikianlah yang dikatakan oleh mutiara hikmah berikut: "Sifat terburu-buru merupakan suatu kebodohan."
Justeru, dalam apa keadaan sekalipun, tanyakan si penasihat yang ilmuan dan bijaksana dalam diri kita, iaitu AKAL dan berfikirlah dengan secara waras dan mendalam dahulu.
Janganlah bertanya kepada si penasihat yang jahil, beremosi dan dangkal, iaitu HAWA (nafsu) kerana ia selalu terburu nafsu!
Ingatlah, sifat terburu-buru dan terburu nafsu akan mengundang bahaya dan sengsara.
Bagaimanakah pula dengan kita? Adakah itu sifat dan sikap kita?
Adakah kita terkenal sebagai seorang yang terburu-buru dan terburu nafsu?
Berubahlah dan beranjaklah... demi suatu perubahan untuk kebaikan!
💥افلا تعقلون يا اولي الالباب و يا اولي الابصار دان كيف تحكمون!
💥 منفعتكنله سكيراث اي برمنفعة انتوق جادي انسان برعلمو، برايمان دان برعمل
💐 دعاء كامي انتم سكالين سنتياس دالم ناوغن الله
🌍 والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته!

Dipetik dari whatapps. Kredit kepada Sdr. Rijal Jamaludin@KUIS

Rabu, 9 Disember 2015

SELAMAT HARI LAHIR SU.. 9 DIS. 2015

Keputusan yang dimaklumkan berkaitan kenaikan pangkat agak mengecewakan..
Namun aku redha dengan rezeki yang ditentukan Allah..
Allah lebih mengetahui akan segalanya..
Rezeki Allah maha luas... Kita hanya berhak atas apa yang telah ditentukanNya.
Insha Allah...
Aku bersyukur dengan apa yang telah dan sedang aku nikmati pada saat ini..
Semoga Allah terus memberiku, isteriku, anak-anakku, kaum keluargaku serta umat islam semuanya kesihatan.., semoga Allah berikan kebahagiaan.. di dunia dan di akhirat..

Semoga anakku Nur Farhah Iman menjadi anak yang solehah..
Semoga Allah berikan kesihatan dan kesempurnaan buatnya..

Allah lebih mengetahui akan segalanya..
Laa hawla wala kuwwata illabillah..

Semoga aku sentiasa tenang... Aku tiada daya dan upaya..
Hanya Allah tempat bergantung dan hanya Dia tempat meminta..

Selamat Hari Lahir Buat teman hidupku.. 9 Dis. 2015



Rabu, 2 Disember 2015

SEBULAN MENJELANG TAHUN 2016

Post yang ke 31 bagi tahun 2015
Sekurang-kurangnya melebihi post tahun 2010
Pelbagai andaian yang aku dengar dalam seminggu ini
Dalam pelbagai perkara

Perkataan yang masih membelenggu.. Muhasabah Diri..
Bagaimanakah perkara tersebut boleh aku sebatikan dalam diri ini..
Kehadiran Iman dalam keluarga membawa seribu pengharapan
Semoga Iman sentiasa sihat dan diberikan kesempurnaan oleh Allah SWT

Kurang sebulan untuk aku memperkemaskan semula diri ini
Menjelang 2016, aku perlu buangkan segala perkara yang tiada fungsinya kepada kehidupanku
Aku wajib melangkah ke arah kehidupan realiti
Aku wajib bersihkan kehidupan ini dari perkara-perkara yang remeh temeh

AKU WAJIB BERTINDAK MULAI SAAT INI

#akuwajibbertindakmulaisaatini

Ahad, 22 November 2015

MALAM MINGGU AKU STANDBY DI PEJABAT

Jam di dinding bilik gerakan sekarang menunjukkan 1.43 pagi.
Aku bersama Ridha sedang melayan lap top masing2.
Stand by sambil tidak terlalu mahu melayan mata yang mengantuk.
Esok petang ada event boling pulak.

Pagi hari ini tadi aku mengemas kebun sekangkang kera depan rumah.
Bergegas ambil Izzul. Alang2 Zohor di sana.
Singgah AEON sekejap. Bergegas pula jumpa Syaimi di Asik Maju jam 3.15 ptg.
TShirt sudah siap. Ok juga game esok boleh pakai.

Mood standby..



Jumaat, 13 November 2015

AL-FATIHAH BUAT SAUDARA YUSRI (ALLAHYARHAM)

Al-Fatihah.

Agak terkejut dengan berita pemergian ke rahmatullah saudara Yusri melalui whatapps pagi ini.
Terasa baru sahaja berjumpa dan bersembang semasa kenduri jiran se Taman pada pertengahan bulan Okt. lepas.
Arwah terlibat kemalangan di Melaka jam 9mlm tadi.
Jiran beliau, Ust. Wan maklumkan di telegram group surau, GSAF.
Arwah seorang yang sangat berterus-terang.
Orang Melaka.. Kasar dalam berbicara namun hasrat bicaranya baik-baik sahaja..
Amat disenangi jiran tetangga..
Pemurah dan prihatin terhadap jiran tetangga..

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan segalanya.
Arwah akan dikebumikan sebelum solat jumaat tgh ini.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
Amin..

Khamis, 5 November 2015

ALHAMDULILLAH, SYUKUR DAN REDHA DENGAN ANUGERAH ALLAH

Hari ini genap 8 hari kelahiran cahaya ke-4 dalam keluargaku Nur Farhah Iman.
Cahaya kebaikan iman.
Semoga menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan dunia dan akhirat.


Tarikh 28.10.2015;
jam 6pg, Su telah maklumkan tanda.
8pg bergerak ke HTJS. Singgah Maybank dan Petronas dalam perjalanan.
Tiba hospital jam 8.45pg.
Berjalan dari parker di luar bangunan hospital. Parkir penuh.
Berjalan menaiki tebing.
9.05pg daftar masuk labour room.
11.30pg, nurse minta balik ke rumah.
OTW singgah sarapan. Berehat dulu di rumah. Ambil EL harini.


Tarikh 29.10.2015;
Time 1.25pg, Su dah kerap sakit.
2.30pg bergerak ke HTJS. Sampai jam 3.00pg.
4.15pg, nurse suruh booking katil.
Aku tunggu dalam waiting room. Alarm tab berbunyi kuat jam 5pg.


6pg, aku ke surau Ar-Rayyan. Solat subuh.
6.15pg, nurse maklumkan Su dah selamat bersalin jam 5.07pg tadi.
Mungkin aku tidak dengar semasa nurse panggil jam 5pg tadi.


8.30pg, aku masuk berjumpa Su dan baby. Alhamdulillah.. selesai azan dan iqamah, nurse minta aku keluar dulu.
Balik bersihkan dan uruskan uri.
Lewat sedikit tiba ke hospital. 12.45 tgh.
Baby dimasukkan ke NICU.


Aku berulang ke hospital sehingga 03.11.2015 jam 5.45ptg.
Pindah ke wad SCN.
04.11.2015, berurusan di JPN.
Menunggu waktu melawat di parkir level P1.
Su call, baby boleh pulang ke rumah.
4.30ptg. Selesaikan semua dokumen untuk pulang.
Alhamdulillah.
Semoga segalanya dipermudahkan.
Insha Allah. Semoga Nur Farhah Iman sihat dan dapat menjalani kehidupannya seperti insan lain.
Allah lebih mengetahui akan segalanya.
Dia tempat bergantung dan Dia maha berkuasa.
Aku tiada daya dan upaya.
Amanah Allah akan aku pikul dengan sebaiknya.
Segala-galanya milikNya.
Aku redha dengan ketentuanNya.

Selasa, 20 Oktober 2015

SIBUK DISAAT MENUNGGU KELAHIRAN CAHAYAMATA

Hari ini sehingga jam 10pg aku menghantar isteri ke klinik
Alhamdulillah.. kedudukan baby telah sempurna
Keadaan berat dan kesihatan sudah sesuai..
Insha Allah.. Hanya menunggu keizinan Allah untuk anakku lahir ke dunia..
Semoga menjadi anak yang solehah..
Insha Allah.. amanah Allah akan aku pelihara sebaiknya..


Hari ini dan esok, sekolah bercuti.
Jerebu masih kembali ke sini..
Sepatutnya anak-anak sedang menghadapi peperiksaan akhir mereka..
Ini juga dugaan Allah SWT..


Esok aku akan beulang ke klinik..
Membawa isteri untuk pemeriksaan kesihatannya..
Semoga segala-galanya dipermudahkan.. Insha Allah..


Malam tadi mesyuarat hal ehwal keselamatan penduduk..
Semoga kerja amalku tidak terganggu dengan kerenah penduduk yang pelbagai ragam..
Semoga semangat aku terus kekal dalam sanubari ini..
Sebagaimana niat aku diawal pembabitan sebagai sukarelawan masyarakat..


Semoga Allah memberkati niatku.. Aminn...

Rabu, 14 Oktober 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437H

Hari ke 9 pulang dari Russia.
Badan masih belum sihat sepenuhnya.

Waktu ketika ini 12.15 malam. 
5 jam telah memasuki tahun baru hijrah.
Doaku semoga Allah memberkati azam aku di penghujung tahun 1436H.
Seterusnya berazam untuk meningkatkan potensi diri dan keluarga.
Memanfaatkan kebolehan diri.
Semoga tahun baru hijrah memberiku segala kebaikan dan kecemerlangan.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1437H.

..................................................................
21 Nov. 2015
Aku mempunyai masa untuk menyambung kisah ke Moscow pada 21 Sept. - 4 Okt. 2015 lalu.
Copy Paste dari diari di tablet Samsung aku.

21 Sept. Seawal pagi bersarapan dgn Su, Izzul dan Baby.
Jam 10.15 pg aku hantar Su ke kelas tajwidnya.
Terus ke Bg lama. Bawa basikal Aina & Baby repair tayar.

Singgah office untuk print online ticket.
Balik rumah sudah jam 12.30 tgh.
Apat sampai jam 1.30 tgh. Join aku ke kenduri cg Mariam.
Sibuk packing last minute. Shahrul pula sampai. Alang2 ajak Mimi.
Insha Allah.. pelan2..
Jam 5.00 ptg, aku masih atas jalan.
Sampai KLIA jam 6.00 ptg. Parking dlm KLIA (berpusing juga mencari parking).
Terus naik level 5. Check in baggage.
6.20 ptg aku minta diri untuk check in imigresen. 

Aku harus terus ke Satelite Terminal.
Aerotrail tiba, terus aku naik.
Dalam aerotrail aku leka. Blazer aku ttinggal di tepi dinding cermin train.
Alhamdulillah.. Allah beri aku ketenangan. Repot di Information counter.
Aku bergegas berpatah balik ke Main Terminal.
Syukur, segalanya dipermudahkan. 

Masih ramai manusia yg jujur.
Sampai pintu C26 jam sudah 6.50 pm.
Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan.
Jumpa partner Syaimi sebelum memasuki flight.
Seat aku sgt strategik.
Dinner aku makan fish fillet saja. Emirates.., insha Allah.. halallan.
Sehingga aku menulis ni, jam di tangan pukul 22.49. Local time baru jam 20.19.
Insha Allah. Aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan masa.
Kalau lihat di skrin, baru separuh perjalanan..
Insha Allah. Semoga perjalananku dan semuanya yg dalam flight ini selamat tiba ke Dubai.
Aku akan meneruskan perjalanan ke Moscow. 

KLIA ke Dubai
Emirates merentasi India
 
Gunung Bersalji Mounth Damavand di bumi Iran



 

Khamis, 20 Ogos 2015

KUATNYA MOTIVASI UNTUK MENJADI USAHAWAN

Melihatkan situasi disekitaran, diri mendapat semangat serta motivasi untuk memanfaatkan kelebihan yang ada..
Anugerah Allah telah ada didalam diri ini..
Kenapa orang yang tiada kepakaran dalam perniagaan boleh berjaya?
Bezanya cuma cepat atau lambat..
Banyak atau sedikit..
Hard work atau work smart..

Aku sedar kelebihan yang dianugerahkan Allah kepadaku..
Apakah kelebihan disamping kekurangan yang ada dalam diri ini..
Darah daging aku sendiri telah lama memanfaatkan darah keusahawanan dalam diri mereka..
Cuma bezanya.. aku terlalu mengikat diriku dengan kerjayaku sekarang..
Aku takut untuk keluar dari situasi sekarang..

Motivasi dan cetusan paradigma baru yang sedang dialami pada masa ini harus aku ambil tindakan yang segera..
Selagi aku bermotivasi, aku akan berusaha merealisasikannya..
Insha Allah..
Niatku semoga motivasi yang amat kuat yang tercetus setiap kali aku berada dalam surau atau masjid sekarang ini akan menjadi asbab kebaikan buatku, keluargaku, masyarakat dan agamaku..

Niatku untuk mula memanfaatkan kebolehan serta kelebihan diri sambil mendapatkan pahala dalam memberikan sumbangan kepada komuniti terutamanya kepada surau dan masjid yang memerlukan.

Insha Allah.. Semoga Allah terus memberikan motivasi ini.
Semoga aku istiqamah sehingga motivasi menjadi realiti.

KIPIDAP..

Rabu, 5 Ogos 2015

MUHASABAH DIRI : KENAL DAN MANFAATKAN KEKUATAN DIRI

Pagi ini aku melayan karenah di klinik.
Di pejabat pula bos baru pula melawat.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat mendengar IKIMfm.
Motivasi yang sangat baik dikala motivasi diri sedang tinggi.

'Kita hendaklah menjadi diri sendiri..'
'Kenal kekuatan diri dan tonjolkan serta manfaatkan potensi diri demi kejayaan'
'Tak perlu klon orang lain kerana kita tidak akan menjadi no. 1.'
'Orang yang di klon akan terus menjadi no. 1.'
'Setiap orang dilahirkan di dunia dengan kelebihan dan kekuatan tersendiri'
'Sifat malas yang membezakan sesama kita'

Aku perlu bertindak pantas
Usia tidak akan terus menunggu aku hingga benar2 bersedia untuk bertindak..
Motivasi yang tercetus dari kejayaan insan disekeliling sudah cukup untuk mencetuskan tindakan yang bakal menentukan kejayaan pada masa hadapan.

BERFIKIR DAN BERTINDAK !!!

Jumaat, 31 Julai 2015

15 SYAWAL 1436H

Pejam celik sudah separuh bulan Syawal
Begitu pantas masa berlalu..
Puasa 6 masih belum selesai..
Insha Allah akan dipenuhkan menjelang minggu terakhir Syawal..

Sedikit kemajuan buat aku kerana tidak terkejar seperti tahun sudah..
Berusaha memenuhkan puasa yang ke-6 menjelang hari terakhir Syawal..

Sepanjang minggu ini bersama team Baraan di taman
Masih belum putuskan untuk buat dirumah sendiri
Insha Allah semoga diberikan kekuatan buat aku dan isteri..

Khamis, 23 Julai 2015

NOSTALGIA SEMINGGU RAMADHAN & SYAWAL 1436H

Aku bercuti awal minggu pada 14 Julai.
Berjumpa guru tingkatan Izzul. Kawan2 lain sudah pulang. Tinggal 3-4 orang shj termasuk Izzul.
Pandangan guru dengan tawaran SMS, stay shj disini.
Insha Allah, jika ada rezeki cuba lagi selepas PT3.
Disini juga ada kelebihannya..

Pulang ke kg jam 4 ptg, 15 Julai.
Jalan belum sibuk.
Singgah R&R Rawang untuk solat.

Berbuka puasa di RTC Gopeng.
Drive Thro KFC. Org ramai. Park kereta, aku Q sorang2 kat kaunter.
Makan di Food Court Mydin.

Sepanjang perjalanan di hway memang beberapa kali naik darah dengan gelagat pemandu yang memandu secara tergesa-gesa.
Sedar kereta banyak tetapi masih mencelah..

Sampai kg sudah jam 10.30 mlm.
Sempat bersahor dan berbuka pada akhir Ramadhan 1436H.
Alhamdulillah..
Pagi akhir Ramadhan aku mencari ayam untuk rendang.
Petang aku mencari daun palas.
Aku mengayam sorang2.
Pagi raya hanya aku dan keluarga bersama mak, abah di rumah. Juga Khalil.
Aat hadir time aku bergerak ke KK.

Petang raya pertama beraya 2 rumah sedara wife.
Petang raya ke-2 sibuk menyiapkan ayam untuk kenduri aqiqah anak CT.
Raya ke-3 sibuk golek kambing.

Raya ke-4 aku ke rumah keluarga wife.
Hujan sepanjang hari ini.
Aqiqah durian pulak. Durian BK.
Raya ke-5 aku siapkan projek reban ayam. Petangnya bergerak jam 3 ptg pulang ke KL.

Jalan mana2 jem. Singgah RTC Gopeng.
Selamat sampai rumah jam 1 pg.
Letih setengah hari memandu.

Raya ke-6 hantar Izzul pulang asrama.
Raya ke-7 mula masuk pejabat bekerja.

Semoga aku dapat bersua Ramadhan 1437H Insha Allah...


Khamis, 9 Julai 2015

SELAMAT HARI LAHIR.. SEMOGA KEHIDUPAN MENDATANG LEBIH DIBERKATI

9 Julai hadir dalam bulan puasa. 22 Ramadhan 1436H..
Bulan mulia.. bulan keberkatan..
Semoga asbab kebaikan menyelubungi diriku tatkala usia meningkat ke angka 43.

Saat 9 Julai hadir aku bertugas sekitar SA
Bersama rakan sekerja FA, FMP, pelajar UKM..

Setiba di pagar rumah kelihatan sampul surat putih terkeluar dari peti surat..
Ku sangkakan ada minit mesyuarat untuk aku..
Namun surat dari KPM.. berita yang membahagiakan..

Izzul diterima ke SMS Mersing.
Namun kenapa ke sana?
Aku agak berbelah bahagi.

Sepanjang pagi ini aku memanjangkan sms dan WA mohon pandangan..
Dari Aat hingga ke Ust sekolah rendah Izzul..
50-50. Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri..

Aku hanya akan putuskan setelah mendapat persetujuan Izzul sendiri..
Inshaa Allah minggu hadapan akan aku dapatkan keputusannya.
Semoga keputusan yang bakal dibuat adalah yang terbaik.

Ya Allah.. bertepatan dibulan mulia ini aku memohon kepadaMu.
Berilah aku kekuatan dan ilhamkanku keputusan terbaik buat Izzul.

Aminn...Aminn.. Ya Rabbal Alaminn...

Rabu, 8 Julai 2015

SEHARI MENJELANG 9 JULAI

Su call semasa aku otw ke pejabat.
Segera U-turn sambil maklumkan boss..
Kali ni agak serius lelahnya..
Menunggu dalam kereta bersama 2 anak2 dari jam 9.00 sampailah 12.15 tgh..

Semoga segalanya baik demi isteri dan anakku..
In sha Allah...

Salam 21 Ramadhan 1436H.

Rabu, 24 Jun 2015

RAMADHAN DAN MUHASABAH DIRI

Seharian bercuti untuk follow-up isteri di Klinik.
Paginya hujan lebat.. hantar baby ke sekolah.
Suasana atas jalan sangat sibuk..
Semua orang mengejar masa untuk mendahului ke destinasi..
Lumrah manusia.. walau bulan apa pun, sifat timbang rasa amat mengecewakan..
Oleh kerana masaku lapang sepanjang hari ini.. aku dapat melihat gelagat manusia dari pelbagai sudut..

Tghari.. aku ambil baby..
Kadang2 aku perlu memahami sifat dirinya..
Kata-kata guru selalu didalaminya.. Selalu difikirkan jauh implikasinya.. 
Kadang2 juga merugikannya..
Aku hanya mampu memantau dan menasihat..
Semoga pelajarannya tidak terjejas akibat perkara2 kecil seperti ini.
Petangnya aku melawan arus ke Pasar Ramadhan..
Inilah perbezaan ketara apabila berada dalam keadaan lapang dan berkejar..

Malamnya moreh di surau.
Ikatan ukhwah bukan hanya rancak di media sosial.. namun perlu diterjemahkan ke kehidupan nyata..
Nampaknya orang berkenaan shj yang perlu bekerja keras.. Tahniah En. MM.
Niat dan objektif pelaksanaan sumbangan masih belum tercapai..

Semoga hari mendatang dalam bulan Ramadhan ini akan menampakkan kejayaan dalam hubungan silaturrahim sesame kita..
In sha Allah..

Khamis, 18 Jun 2015

MUHASABAH DIRI - RAMADHAN AL-MUBARAK

💐 اعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم الله الرحمن الرحيم
🌺
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته!
💐
صحابة دان قرابة، مسلمين موءمنين متقين محسنين يغ درحمتي الله!
💥
الله اله دان رب، محمد ابن عبدالله نبي دان رسول، دان اسلام الدين، سيستم دان جارا هيدوف يغ مغاكو مسلم موءمن.
🌺 تذكرة ٦٦٠ هاري خميس ١ رمضان ١٤٣٦ @ ١٨ جون ٢٠١٥.

🍀 SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1436H
Sekiranya ditanya kenapa berpuasa Ramadhan?
Cuba lihat jawaban drp mutiara hikmah ini:
" Jika orang bertanya: kenapakah insan diperintahkan berpuasa? Dijawab:
* agar mereka ikut merasakan perit perihnya rasa lapar dan dahaga, lalu membandingkan dengannya kemiskinan di akhirat dan menjadi orang yang khusyuk, lebih merendah diri, lebih tenang dan mendapat balasan yang baik,
* agar menjadi orang yang arif dan bersabar pada saat ditimpa kelaparan dan kehausan, kerananya selayaknya diberikan pahala,
* agar dapat melunakkan nafsu syahwat,
* agar jadi pengingat ketika hidup di dunia, melatih terlaksananya apa yang diperintahkan kepada mereka,
* agar menjadi penunjuk kelak di akhirat,
* agar sedar akan penderitaan yang dialami seseorg faqir miskin di dunia, sehingga mereka mahu melaksanakan apa yang menjadi kewajibannya atas hartanya."
🍀 Hari ini bermulalah proses tersebut... UJIAN menerusi PUASA
⚡👀⚡Apalah agaknya RESULT @ KEPUTUSAN AKHIR ujian peperiksaan ini? Boleh lulus? Ada harapan untuk lulus?


💥افلا تعقلون يا اولي الالباب و يا اولي الابصار دان كيف تحكمون!
💥
منفعتكنله سكيراث اي برمنفعة انتوق جادي انسان برعلمو، برايمان دان برعمل
💐
دعاء كامي انتم سكالين سنتياس دالم ناوغن الله
🌍 والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته!


Dipetik dari whatapps. Kredit kepada Sdr. Rijal Jamaludin@KUIS

Rabu, 17 Jun 2015

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H

Sehari menjelang Ramadhan 1436H, aku rasakan suasana tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.
Semoga amalan puasa pada Ramadhan kali ini lebih baik dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.
In sha Allah..

Ramadhan adalah bulan ke-9 dalam bulan islam.
Lagi angka 9 yang sangat bermakna dan mempunyai 'chemistry' dalam diriku..

 

Isnin, 15 Jun 2015

SEKOLAH BERMULA SELEPAS 2 MINGGU BERCUTI

Minggu pertama cuti sekolah, anak-anak hanya menghabiskan masa bersantai di rumah.
Hari-hari balik kerja, kolam getah sudah berada di ruang parker kereta.
Cadang untuk pulang ke BS pada 3-6 Jun.. tapi dapat panggilan last minute kursus IA 3-4 Jun.
Postpone cuti ke 5-8 Jun.
Pulang BS ziarah Mak dan Abah.
Cuci kolam ikan dan sekitar rumah. Rasa seronoh untuk berbakti.
Aku rasa sangat bahagia jika Mak dan Abah seronok...

7 Jun ke Kulim. Kenduri anak Kak Timah.
Mak tak ikut sebab masih belum selesa dengan operation mata.
Aku sekeluarga, Aat sekeluarga dan Siti sekeluarga.
Jumpa family Jatt, Abg Azhar, anak-anak arwah Tok Nah..

Balik KL petang 8 Jun.
9 Jun.. aku sudah bersiap untuk ke Melaka.
9-13 Retreat IMS.
Lokasi agak kureng... Namun apa yang lebih penting adalah anak-anak...
Aku OK sahaja... Anak-anak memang puas mandi-manda.
Sampai hitam kulit muka.

Check-out Sabtu.  Singgah Sg. Udang kenduri kahwin sedara boss..
Balik KL dan selamat tiba jam 4.00 ptg.
Ahad.. anak-anak masih berpeluang bersiap untuk ke sekolah pada Isnin ini...
Percutian 2 minggu berakhir. Anak-anak kembali ke sekolah.

Semoga apa yang dimanfaatkan selama percutian ini menjadi asbab kebaikan buat aku, isteri dan anak-anak. In Sha Allah..

Jumaat, 22 Mei 2015

BERBENGKEL DI PEJABAT - ANSN RW ON RR 18-22 MEI 2015

Seminggu berbengkel dengan rakan2 dari Kazaktan, Indonesia, Thailand, China, Vietnam, Bangladesh dan Malaysia sendiri. Sejumlah 23 peserta semuanya. Aku hanya observer.
Inilah peluang untuk aku belajar..
Kalau WS ini dibuat diluar.. memanglah susah nak dapat peluang..
Bagi aku.. Disiplin diri amatlah penting..

Disini ada juga rakan yang pernah bersama2 dahulu seperti Ummah (RW di Daejeon tahun 2014) dan Sarun (RW di Beijing tahun 2012).

Aku berharapan supaya aku berpeluang untuk menyertai kursus anjuran IAEA pada tahun ini.

Isnin, 11 Mei 2015

NASYID KPM & ANUGERAH ASRAMA HARIAN

Dalam 2 minggu ini Izzul pula yang sibuk dengan nasyidnya..
KPM daerah berjaya mendapat Naib Johan..
Rezeki buat SMV yang lebih baik dan lebih usahanya..
Dan SMV juga berjaya mewakili N9 ke KPM kebangsaan.. Tahniah..

Pada masa yang sama S2A juga layak ke kebangsaan..
Rezeki bukan milik Izzul dan Izwani untuk Festival Nasyid KPM tahun 2015 ini..

2 hari lepas aku bersama keluarga ke Bahau..
Melihat Izzul bersama 22 pasukan lain bertanding..
Juga tiada rezeki buat mereka..
Aku yang mengikuti program mulai pasukan ke 9 hingga selesai 22 memang merasakan kelemahan yang ketara dari segi penganjurannya..

Baik dari segi kebajikan jurinya.. PA systemnya.. banyak kelemahan..
Juri juga manusia..
Sebaik persembahan ke 22, urusetia beri 5 minit untuk dapatkan keputusan..
Sudah tentunya haru-biru jadinya..
Tangkap muat sahaja la.. Asalkan ada keputusan..

Bukan kecewa dengan kekalahan.. namun kecewa dengan cara penganjuran..
Namun Izzul sudah berpengalaman..
4 tahun di SR dan kini tahun pertama di SM..

In Sha Allah.. Cuba lagi..

Rabu, 29 April 2015

FESTIVAL NASYID - BUKAN REZEKI SKeBB TAHUN INI

Secara peribadi aku melihat kesungguhan baik guru dan anak2..
Cuma rezeki bukan milik mereka..
Mereka telah melakukan usaha sebaik mungkin..
Namun keputusan tidak memihak pada tahun ini..

Dari keseluruhan 17 pasukan..
Tempat 1,2,3 milik pasukan lain..
Riak wajah kecewa memang kelihatan..
Aku juga memahami bahasa badan anak aku..

Semoga anak-anak SKeBB boleh menerima kekalahan..
Mengawal emosi memang sukar..
Dikala gembira.. semua ceria..
Namun dikala kecewa.. Hanya Allah yang lebih mengetahui..

Seperti ayat aku sebelum dari ini..
Hikmah Allah SWT sentiasa ada..
Bagi yang akan mengambil UPSR pada tahun ini..
Masa yang cukup buat mereka..

In sha Allah..
Kita cuba di arena yang lain..
Tiada sesiapa pun yang menjadi penyebab..

..............................................................
24-26 April lepas aku bersama keluarga ke P Balak, Melaka.
Bersama ipar duai..
Anak-anak juga seronok dengan sepupu mereka.
Walaupun kadang-kadang hujan..
Namun sukaneka dan karaoke memang meriah.. 

Isnin, 6 April 2015

HIDUP BIAR BERJASA

Hidup biar berjasa..
Kehidupan adalah sesingkat azan dan solat.

Antara ayat yang dikongsikan di IKIMfM dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi.

In sha Allah.. Semoga Allah memberikan istiqamah buatku dan keluarga.
Hidup umpama putaran roda.
Adakala kita di atas dan adakalanya kita di bawah..
Begitu juga hati ini.. Ada pasang surutnya.. Ada naik turunnya..

Hati aku mungkin terlalu sensitif..
Jika terasa hati.. Aku akan mengundur..
Walau bagaimanapun.. aku tetap akan cuba memperbaiki kelemahan ini..
Niat dan tekad untuk berjasa selagi ada nyawa..

Hidup di dunia adalah sementara..
Akhirat jua tempat yang akan kekal abadi..

Beberapa hari ini berlaku peristiwa sedih atas kemalangan helikopter yang mengorbankan Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua S/U Sulit PM dan 4 orang yang lain. Peristiwa berlaku jam 4.45 ptg Sabtu 4.4.2015.
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Aminn...


Rabu, 1 April 2015

1 APRIL 2015 PERLAKSANAAN GST

Berbagai pandangan dari pakar berkaitan GST
Sememangnya rakyat negara ini termasuk aku sendiri amat mudah dipengaruhi kenyataan yang mudah ditulis dalam mana2 media sosial..
Ada yang betul.. dan tak kurang juga yang mengambil kesempatan..
Yang jadi mangsa adalah rakyat yang tiada pendedahan atau lambat menerima maklumat yang sebenar dari sumber yang sahih...
Percaya bulat2..
Kadang2 ada keperluannya orang2 begini..
Sekurang2nya pihak berwajib akan sentiasa memberi penerangan dengan nada yang layman..

Apa2 pun.. aku kena aware..
Bukan semuanya kita boleh terima..
Kita hanya mampu merancang..
Kita tidak dapat menjangkakan suatu kebaikan sahaja akan kita terima..
Sebaliknya adalah ketentuan Allah yang abadi..

Selamat Menjalani GST di Malaysia.
Semoga Kebaikan melebihi keburukan..

In sha Allah...