Khamis, 10 Disember 2015

MUHASABAH DIRI - SIKAP DIRI

💐 اعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم الله الرحمن الرحيم
🌺 السلام عليكم ورحمة الله و بركاته!
💐 صحابة دان قرابة، مسلمين موءمنين متقين محسنين يغ درحمتي الله!
💥 الله اله دان رب، محمد ابن عبدالله نبي دان رسول، دان اسلام الدين، سيستم دان جارا هيدوف يغ مغاكو مسلم موءمن.
🌺 تذكرة ٨٣٩ هاري خميس ٢٨ صفر ١٤٣٧ @ ١٠ ديسيمبر ٢٠١٥.
#tazkirah
Sifat terburu-buru (al-'ajalah) menjadi fokus tazkirah kita hari ini.
Kebanyakan orang, apabila menghadapi sesuatu persoalan dan masalah, mereka bertindak ikut hawa (nafsu) tanpa berfikir dengan baik.
Mereka bertindak tanpa memahami pokok persoalan, sebaliknya hanya berdasarkan syak wasangka, khabar angin dan seumpamanya.
Demikianlah yang dikatakan oleh mutiara hikmah berikut: "Sifat terburu-buru merupakan suatu kebodohan."
Justeru, dalam apa keadaan sekalipun, tanyakan si penasihat yang ilmuan dan bijaksana dalam diri kita, iaitu AKAL dan berfikirlah dengan secara waras dan mendalam dahulu.
Janganlah bertanya kepada si penasihat yang jahil, beremosi dan dangkal, iaitu HAWA (nafsu) kerana ia selalu terburu nafsu!
Ingatlah, sifat terburu-buru dan terburu nafsu akan mengundang bahaya dan sengsara.
Bagaimanakah pula dengan kita? Adakah itu sifat dan sikap kita?
Adakah kita terkenal sebagai seorang yang terburu-buru dan terburu nafsu?
Berubahlah dan beranjaklah... demi suatu perubahan untuk kebaikan!
💥افلا تعقلون يا اولي الالباب و يا اولي الابصار دان كيف تحكمون!
💥 منفعتكنله سكيراث اي برمنفعة انتوق جادي انسان برعلمو، برايمان دان برعمل
💐 دعاء كامي انتم سكالين سنتياس دالم ناوغن الله
🌍 والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته!

Dipetik dari whatapps. Kredit kepada Sdr. Rijal Jamaludin@KUIS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan