Seharian bercuti untuk follow-up isteri di Klinik.
Paginya hujan lebat.. hantar baby ke sekolah.
Suasana atas jalan sangat sibuk..
Semua orang mengejar masa untuk mendahului ke destinasi..
Lumrah manusia.. walau bulan apa pun, sifat timbang rasa amat mengecewakan..
Oleh kerana masaku lapang sepanjang hari ini.. aku dapat melihat gelagat manusia dari pelbagai sudut..
Tghari.. aku ambil baby..
Kadang2 aku perlu memahami sifat dirinya..
Kata-kata guru selalu didalaminya.. Selalu difikirkan jauh implikasinya..
Kadang2 juga merugikannya..
Aku hanya mampu memantau dan menasihat..
Semoga pelajarannya tidak terjejas akibat perkara2 kecil seperti ini.
Petangnya aku melawan arus ke Pasar Ramadhan..
Inilah perbezaan ketara apabila berada dalam keadaan lapang dan berkejar..
Malamnya moreh di surau.
Ikatan ukhwah bukan hanya rancak di media sosial.. namun perlu diterjemahkan ke kehidupan nyata..
Nampaknya orang berkenaan shj yang perlu bekerja keras.. Tahniah En. MM.
Niat dan objektif pelaksanaan sumbangan masih belum tercapai..
Semoga hari mendatang dalam bulan Ramadhan ini akan menampakkan kejayaan dalam hubungan silaturrahim sesame kita..
In sha Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan