Melihatkan situasi disekitaran, diri mendapat semangat serta motivasi untuk memanfaatkan kelebihan yang ada..
Anugerah Allah telah ada didalam diri ini..
Kenapa orang yang tiada kepakaran dalam perniagaan boleh berjaya?
Bezanya cuma cepat atau lambat..
Banyak atau sedikit..
Hard work atau work smart..
Aku sedar kelebihan yang dianugerahkan Allah kepadaku..
Apakah kelebihan disamping kekurangan yang ada dalam diri ini..
Darah daging aku sendiri telah lama memanfaatkan darah keusahawanan dalam diri mereka..
Cuma bezanya.. aku terlalu mengikat diriku dengan kerjayaku sekarang..
Aku takut untuk keluar dari situasi sekarang..
Motivasi dan cetusan paradigma baru yang sedang dialami pada masa ini harus aku ambil tindakan yang segera..
Selagi aku bermotivasi, aku akan berusaha merealisasikannya..
Insha Allah..
Niatku semoga motivasi yang amat kuat yang tercetus setiap kali aku berada dalam surau atau masjid sekarang ini akan menjadi asbab kebaikan buatku, keluargaku, masyarakat dan agamaku..
Niatku untuk mula memanfaatkan kebolehan serta kelebihan diri sambil mendapatkan pahala dalam memberikan sumbangan kepada komuniti terutamanya kepada surau dan masjid yang memerlukan.
Insha Allah.. Semoga Allah terus memberikan motivasi ini.
Semoga aku istiqamah sehingga motivasi menjadi realiti.
KIPIDAP..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan