Jumaat, 31 Disember 2021

SEHARI SEBELUM 2021 MENINGGALKAN 1001 SUKA DAN DUKA

Jam 10.12 malam 31.12.2021
Kurang 2 jam
Untuk 2021 meninggalkanku
Tahun penuh kisah suka dan duka

Semoga 2021 menjadi titik tolak
Untuk perubahan terbaik
Dalam tahun berbaki
Mudah-mudahan lebih diberkati

Usia yang meningkat
Bermakna semakin dekat aku dan kita semua
Kepada Allah maha pencipta
Yang maha mengetahui akan segalanya

Jika awal 2020 bermula baik
Namun.. makhluk Allah Covid hadir
Segalanya berubah 
Hingga akhir 2020 suasana suram

Abah meninggalkanku, mak dan adik-adik
Tanggal 15 November 2020
Bersamaan 29 Rabiul Awwal 1442 Hijriah
Namun.. kemudian mak juga meninggalkan kami

Kehidupanku berubah 180 darjah
Namun Allah maha mengetahui akan segalanya
Mak seperti juga abah
Dibawa dengan ambulan ke Hospital Taiping

Mak dibawa ke Hospital seawal jam 4.00 pagi
Jumaat 30 April 2021 bersamaan 18 Ramadhan 
Namun, Mak pergi seawal jam 8.00 pagi 2 Mei 2021
Bersamaan 20 Ramadhan 1442 Hijriah

Aku redha Ya Allah...
Semoga roh Mak, Abah, Abang Sham, Damia..
Dan semua sanak-saudara yang telah pergi
Dicucuri rahmat
Dan ditempatkan bersama para syuhada
Semoga Damia memimpin tangan tok dan tok wan
Yang banyak jasa mereka kepada Damia
Bersama-sama menuju ke syurga..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan
Kurniakan aku kesihatan
Kekalkan Istiqamah dalam hati ini
Semoga tahun 2022 lebih baik buatku
Keluarga.., adik-adik.., saudara-mara
Semua kaum muslimin dan muslimat
Semoga Islam terus menunjang dunia ini
Sehingga izinmu Ya Allah...

... 11.03 malam...

(Tekad aku untuk memperbaikinya InsyaAllah.. Semoga keazamanku kental bersama semangat mak dan abah di sana)


Khamis, 30 Disember 2021

2 HARI MENJELANG 2022

Saat ini aku masih di pejabat
Memberikan ruang
Untuk rakan-rakan bercuti
Dan aku menyusun perancangan 2022

Mudah-mudahan
Tahun hadapan ku susun baik
Segala perancangan untuk setahun
Semoga perjalanan ku lebih tersusun

Apatah lagi dengan tugasan
Dan tuntutan keluarga
Dari pejabat, pelajaran, keluarga
Perlukan komitmen dan tindakan

Aku perlu segera susun
Kerana masa tak pernah menungguku
Entah kan esok atau lusa
Aku wajib dan segera bertindak

Jadikan kesedihan sebagai semangat
Kerana arwah mak, abah, abg sham
Hanya tinggalkan kami
Untuk meneruskan perjalanan di dunia

Banyak perkara perlukan tindakan
Banyak lagi perlukan penyelesaian
Aku perlu lebih proaktif
Aku perlu perancangan dan pelaksanaan

Allah Maha Mengetahui
Semoga Perancangan dan Azam ku
Diperkenankan
Ammiinn Ya Rabbal Alamiinn.. 

Rabu, 29 Disember 2021

3 HARI MENJELANG 2022 MASEHI

Allahuakbar
Antara sedar dan tidak
Tahun 2021 berbaki 3 hari
Maka tahun 2022 bakal menjelma

Begitu jua umurku
Bakal menjangkau ke separuh abad
Namun mak dan abahku telah pergi dahulu
Tanpa berkesempatan bersama kami anak-anaknya

Semoga memori sepanjang PKP
Selama kehidupan bersama makhluk Allah
Sang Covid yang diutus Allah SWT
Bersama kembalinya mak dan abah

Mudah-mudahan beberapa hari 2021
Yang berbaki
Menjadi asbab kebaikan
Dari Allah untukku dan keluarga

Jumaat, 17 Disember 2021

AKU MASIH MENCARI MOMENTUM

Esok aku akan mula memasuki kelas ke-3
Operational Research
Harapan aku supaya aku segera bangkit
Ini pilihan aku.. Jalan ini yang aku pilih

Tiada siapa memaksa
Sebaliknya aku sendiri
Sepatutnya lah aku sendiri bangkit
Tanpa perlu mencari alasan

Aku kena paksa diri ini
Untuk sentiasa bersemangat
Apatah lagi dengan banyaknya jemputan
Yang telah aku abaikan

Harapan dan doaku
Semoga Allah berkati usaha ini
Untuk aku terus menimba ilmu
Dan memaksa otak ini berhubung

Walaupun agak perit
Namun aku perlu gagahkan jua
Tiada siapa lagi untuk mendengar
Tiada siapa lagi yang sudi menasihatiku

Jika sebelum ini mak sumber inspirasiku
Mak adalah semangatku
Namun kini mak telah tiada
Hanya jiwa waja dan kecekalan
Mak bekalkan buatku
Dan aku perlu bangkit
Untuk terus menjadi diri yang sebenar

Semoga urusan pembelajaranku
Kembali ke landasan sebenar
Semoga semangatku terus membara
Semoga Allah berkati usaha ini

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn... 

  

Khamis, 9 Disember 2021

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERI TERSAYANG

Semoga dilindungi Allah sentiasa
Dimurahkan rezeki
Dipermudahkan segala urusan
Selamat Hari Lahir buat isteriku Sue

Macam biasa..
Aku hanya mampu 
Meluahkan apa yang ku fikirkan
Dan tak seperti orang lain
Dengan keraian yang pelbagai

Namun hanya Allah maha mengetahui
Apa sebenarnya ada dalam diri ini
Seorang yang beremosi terpendam
Luahan tanpa kata-kata

Semoga Allah Makbulkan doaku ini.. Amiinn..


Rabu, 1 Disember 2021

THROWBACK SEPANJANG BEBERAPA MINGGU INI

Minggu Pertama November:

Aku bersama keluarga pulang ke kampung
Singgah Ipoh malam menjelang Deepavali
Sepanjang jalan mainkan lagi raya
Walaupun hati kecil sangat sayu
Untuk kali pertama pulang 
Tanpa dapat berjumpa mak dan abah
Hanya berpeluang ziarah pusara mak dan abah..
Juga pusara mak dan pak mertua
Pulang ke KL menghadap kesesakan teruk
Namun peluang bergerak yang Allah berikan
Setelah sekian lama dibatasi PKP
Aku amat bersyukur..

(Ya Allah.. Kuatkan diri ini.. kesunyian mencengkam.. kerinduan meruntun..) 

(kegelapan yang harus ditempuh berbaki kehidupan dunia ini)

 
Minggu ketiga:

Aku ditemani Izzul
Bersama teman sekerja
Menempuh perjalanan ke Royal Belum
Walaupun sedar kami berada dipenghujung tahun
Bakal menghadapi hukum Allah.. musim hujan..
Namun hanya Allah lebih mengetahui segalanya
Pelbagai orang..pelbagai perasaan..
Namun aku yakin diriku dan keupayaanku
Dengan sedikit ilmu budak kampung
Sekadar ingin berbakti kepada orang lain
Tanpa sekelumit niat berbangga
Kerana Allah anugerahkan kelebihan
Untuk manfaat kepada yang tidak memilikinya
Semoga Allah anugerahkanku kesihatan
Untuk terus berkhidmat untuk semua

(kedamaian alam semulajadi negeriku)

(Royal Belum.. Anugerah Allah yang tiada nilainya)

(Alam yang dikongsikan untuk dinikmati)

(House Boat melintasi jambatan)

Minggu keempat:

Aku bersama keluarga ke Melaka
Saat disini Allah tunjukkanku
Keupayaan fizikal ada keterbatasan
Begitu juga mental dan fikiran
Jika berterusan dibebani
Akan lemah dan membataskan
Dan segera perlu diperbetulkan
Tubuh ini perlukan kerehatan
Kerana ia juga makluk Allah..
Tidak akan berfungsi baik sepanjang masa
Semoga menjadi pedoman buat diri ini
Aku perlu segera sedar akan diri ini
Apatah lagi akan mencecah umur kerehatan
Pada tahun 2022 ini
Semoga Allah kurniakanku, isteriku, anak-anakku
Adik-adikku, saudara maraku, semua kaum muslimin
Kesihatan berpanjangan

Amiin.. Ya Rabbal Alamiinn..

(Mencari ilmu biar sampai negeri Melaka..)

(Aku masih di sini dikala teman lain telah pulang..)

01.12.2021 - GENAP SEBULAN MENJELANG 2022

September dan November
Bulan tanpa aku menulis di Blog ini
Sedangkan Blog ini aku jadikan platform
Berbicara dikala aku keseorangan
Dikala aku perlu berbicara
Dengan hati sendiri

Platform ini juga milik Allah..
Blog ini juga makhluk Allah
Hanya asbab untuk bersahabat
Untuk aku berbicara dan meluahkan
Apa jua perasaan ini
Dan dikala ini kembali sibuk mencari ilmu

Aku ingin mengingati peristiwa
Yang berlaku sepanjang sepi berbicara...
...
26, 27, 28 Nov. aku bersama keluarga
Mengambil risiko dalam kesibukan
Berbengkel untuk program rasmi jabatan
Disulami kelas Quality Management
Ya.. TQM... QC + QA..

Bagaimanakah untuk aku katakan..
Penjadualan aku sendiri bercampur aduk
Hal kerja.., hal keluarga..., hal pembelajaran..
YA ALLAH...!!! Aku hampir 'flatt' minggu ini

Hal adik-adik hanya sesekali aku ketahui
Walaupun masing-masing lebih mampu merencana
Namun sebagai abang.. 
Aku rasakan tanggungjawabku telah aku abaikan..

Dikala mak masih ada... 
Mungkin dengan mak lah tempat mengadu...
Namun mak telah pergi menghadap ilahi...
Begitu juga abah...yang terdahulu pergi.. 

YA ALLAH...!!! Aku hanya mampu mendoakan..
Agar adik-adikku dipermudahkan segalanya..
Jauhkanlah kami adik beradik dari masalah yang serius
Semoga semuanya berbahagia bersama keluarga

Semoga diberikan taufik dan hidayah
Dan kekuatan menjalani kehidupan ini...
Berbekal semangat kepahlawanan abah
Dan ketabahan dan kekuatan mental mak...
Semoga mak dan abah.., abang Sham, Damia..
Tenang disana.. dan dilimpahi rahmat

Semoga diampuni segala dosa dan kesalahan
Semoga Damia anak sedaraku penghuni syurga.. 
Bersama tok dan tok wan yang banyak berjasa
Menunggu kami di syurga..

Amiinn.. Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..  
 

Jumaat, 29 Oktober 2021

SELAMAT HARI LAHIR IMAN... SEMOGA ALLAH PELIHARA KEHIDUPAN INI

Genap 6 tahun usia Iman
Permata hati keluarga
Semoga Allah berikan kesihatan berpanjangan
Dalam menjalani kehidupan dunia ini

Mudah-mudahan istiqamahku
Dalam mencari kesempurnaan kehidupan Iman
Sentiasa mendapat rahmat Allah
Dan dipermudahkan segala urusanku

Allah maha adil dalam perencanaanNya
Aku yakin kelebihan Iman
Dalam setiap kekurangan yang ada padanya
Ujian Allah hanya untuk menguji ketaqwaan diri ini

Semoga Allah limpahkan rezeki buat kami sekeluarga
Semoga Iman membesar sebagai insan istimewa
Yang akan berbakti untuk agama dan masyarakat
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn.....


Ahad, 24 Oktober 2021

SEMOGA DIBERKATI PENGAJIANKU

Alhamdulillah..
Minggu pertama pengajian..
Semoga diberikan kemudahan 
Sepanjang pengajianku

Amiin Ya Rabbal Alaminn..

Rabu, 20 Oktober 2021

Selasa, 31 Ogos 2021

SELAMAT HARI MERDEKA... MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Semoga Allah pelihara
Negara Malaysia
Sentiasa Aman Makmur
Dan Merdeka dari Apa Jua Penjajahan

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!




Khamis, 12 Ogos 2021

100 HARI MAK KEMBALI KE RAHMATULLAH

2 Muharram 1443H
Bersamaan 11 Ogos 2021
Genap 100 hari mak meninggalkan kami
Semoga roh mak dicucuri rahmat

Suasana di luar juga
Semakin merisaukan
Semoga Allah pelihara
Seluruh umat islam

Aku rindu pulang ke kg
Untuk menziarahi pusara
Mak dan abah
Juga bertemu adik2..

Walaupun kami keluarga pendiam
Namun sanubari masing2
Kuat merindui hubungan kekeluargaan
Apatah lagi tanpa mak dan abah kini

Kerinduan kami tanpa suara
Hanya cukup terlihat di mata
Dan kedengaran di telinga
Masing2 akan merasa lega

Pusara mak dan abah
Juga abang sham, Damia
Kini sunyi
Tanpa dapat ku ziarahi

Semoga semuanya aman di sana
Semoga syurga menanti
Semoga kami yang masih diberi rezeki
Dibekal semangat demi hari2 mendatang

Walaupun ketentuan Darimu
Dunia harus ditempuhi
Akhirat tujuan hidup yang abadi
Semoga kami hidup untuk berbakti

Ya Allah.. Berikan kami kekuatan
Serta cahaya kehidupan
Terus menempuh pancaroba dunia
Semoga akhirat tujuan segala

Ya Allah... Ampuni Mereka Yang Telah Pergi
Ganjari Syurga Buat Mak, Abah, A Sham, Damia, 
Mak Mertua, Pak Mertua, Semua Sanak Saudara 
Yang Terdahulu MenghadapMu. 
Amiin Ya Rabbal Alamiin..

Selasa, 10 Ogos 2021

SALAM MAAL HIJRAH 1443H... MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI

Semoga Tahun Baharu Hijrah
Memberikan Sinar Buat Kami Semua
Ya Allah...
Angkatlah Wabak Covid-19
Dari Memudaratkan Kehidupan ini

Kami Ingin Hidup 
Saling Hormat Menghormati
Kerana Kami Semua Hambamu
Di Muka Bumi Ini..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..





Isnin, 9 Ogos 2021

SEMOGA AMALAN 1442H DIGANJARI PAHALA BUAT MAK DAN ABAH

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Hambamu Ini
Insan Yang Lemah
Dalam Beristiqamah

Ampunilah Dosa dan Kesalahan
Hambamu ini Ya Allah..
Atas Apa Jua Kekhilafan
Sepanjang Tahun-Tahun Berlalu

Tahun 1442H Kedua-Dua Pintu Syurgaku 
Pulang Bertemu Ilahi..
Ahad 15 Rabiulawal 1442H Abah Pergi
Ahad 20 Syawal 1442H Mak Turut Pergi

Semoga Allah Cucuri Rahmat 
Atas Roh-Roh Mereka
Yang Telah Dahulu Pergi
Menuju Alam Yang Kekal Abadi

Meninggalkan Kami Merencana Hari
Demi Mengharungi Sisa Dunia Berbaki
Ya Allah.. Ya Tuhan Kami..
Perlindungan dan Keredhaan Mu Amat Dihajati 

Hambamu ini Insan Yang Lemah
Hadirkan Kekuatan dan Bekalan Kesihatan
Buatku Terus Bersama Darah Dagingku
Yang Masih Memerlukan Bekalan ke Sana...

Lindungilah Kami Yang Masih Ada..
Ya Allah...
Dalam Meniti Dunia Demi Akhirat
Yang Kekal Abadi di Sana

Di Penghujung 1442H ini Ya Allah..
Ampunilah segala Dosa dan Kekhilafan Kami
Semoga Tahun Baharu Membawa Sinar
Untuk Kami Kuat Berusaha Untuk Bekalan Ke Sana Nanti




   

Isnin, 2 Ogos 2021

2.8.2004 - 2.8.2021 GENAP 16 TAHUN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

16 tahun lalu hijrahku ke sini
Pengorbanan yang memerlukan perancangan rapi
Bukan mudah untuk mengadaptasi keadaan
Untuk bermula semula
Setelah hampir 8 tahun di sana

Namun rezeki Allah telah ditentukan
Keperitan adalah dugaan Allah
Sebelum mendapatkan sesuatu
Yang lebih baik
Alhamdulillah..

Semoga Allah beriku
Kesihatan yang berpanjangan
Dalam menghadapi hari-hari
Yang lebih mencabar di depan
Semoga Allah pelihara
Diri ini, keluargaku, adik beradikku,
saudara maraku, jiran tetanggaku, rakan sekerjaku,
masyarakat sekelilingku, negaraku dan dunia ini
Semoga kehidupan kami kembali
Seperti sebelum pandemik ini..
Dengan sesuatu yang lebih baik

Amiinn Ya Allah..  

Ahad, 25 Julai 2021

HAMPIR 12 TAHUN : 4 OGOS 2009 - KALI PERTAMA AKU MENULIS DI BLOG INI

Hampir 12 tahun lepas
Aku mulakan inisiatif
Dan inspirasi menulis 
Di platform blog ini

Sinonim dengan bidang ilmuku
Aku inspirasikan 'CHEMISTRY'
Sebagai menamakan blog ini
Asalnya menggunakan 'DISCOVERY'
Sedar dan tidak sudah menjangkau
Usia 12 tahun...

Semoga platform ini terus 
Menjadi peneman berbicara
Dan menjadi diari
Seharianku tanpa jemu..

InshaAllah..

Semoga hasrat aku untuk kembali
Menimba ilmu dikala
Umur yang kian menjangkau separuh abad
Namun niatku demi meningkatkan
Ilmu didada..
Dan belajar sepanjang masa..
Semoga ianya asbab 
Untuk aku bersemangat 
Mencari sebanyaknya ilmu
Buat bekal akhiratku..

Ya Allah... Perkenankan niat murni hambamu..
Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..

Selasa, 20 Julai 2021

SALAM IDUL ADHA 1442 HIJRIAH

 






(Kita serahkan segalanya kepada Allah SWT serta kebijaksanaan pemimpin tanpa prejudis. Semoga asbab kebaikan buat rakyat, agama, bangsa dan negara)

Isnin, 19 Julai 2021

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR LA ILAHA ILALLAH WALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD

Allahuakbar..
Sayu terasa disaat begini..
Setahun lalu aku bersama arwah mak dan abah..
Di malam Idul Adha
Demi menggembirakan keduanya

Sekurang-kurangnya menemani mak di dapur
Yang akan selalu bersungguh
Memasak juadah ketupat dan rendang
Untuk santapan raya esoknya
Buat anak dan cucu yang ada bersama..

Namun 
Mak telah tiada..
Abah juga tiada..
Walau aku sedari ini akan jua terjadi
Namun pemergian keduanya di saat begini
Di saat pergerakan yang terbatas
Amat dirasai..

Semoga Allah limpahkan kerahmatan
Buat kedua ibu dan bapaku
Ganjari syurgaMu buat mereka
Peliharalah keduanya di alam sana
Alam yang mana kami jua akan turuti
Hanya Allah yang maha mengetahui
Semoga kami juga menemuiMu suatu hari
Dengan husnul khotimah..

Amiinn Ya Rabbal Alaminn.. 


(Photo ini adik aku CT snap. Namun saat ini aku juga bersama membantu mak di dapur pada malam Idul Adha 1441H bersamaan 30 Julai 2020. Namun inilah juga ketupat rendang terakhir dari mak..) 

Jumaat, 9 Julai 2021

9 JULAI 2021 - SALAM KELAHIRANKU, SYUKURKU ATAS NIKMAT KEHIDUPAN. SEMOGA ALLAH BERKATI UMUR INI

 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ                          

ٍSegala puji hanya milik ALLAH..Selawat dan Salam buat Nabi MUHAMMAD S.A.W.
Selamat pagi, Salam sejahtera...                               

Ya ALLAH kami bersyukur pada Mu Pada awal pagi Jumaat 28 Zulkaedah ini yg telah melanjutkan usia kami hingga kesaat ini. .Mudah2an dgn Nikmat ini menjadikan kami hamba2 org bersyukur dan Taat..

Ya ALLAH redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami kasihi.

Ya ALLAH kami merayu dipagi yg hening ini ampuni lah dosa kami ,pasangan kami ,ibubapa ,mertua kami anak2 ,guru2,jiran2 sahabat2 dan umat islam seluruhnya...

Ya ALLAH bersihkanlah hati kami dari sifat sombong,riak ,ujub ,takkbur ,dengki dan iri hati..

Ya ALLAH sihatkanlah badan kami, terangilah dan lembutkn hati kami, tetapkanlah iman kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kemunafikan dan kefasikan... Selamatkan kami dari wabak covid 19 ,angkat lah musibah ini Ya ALLAH...Ya ALLAH kami mohon kurniakan kami Syurga Mu dgn Rahmat dan Kasih Sayang Mu , Selamatkan kami dari Azab siksa Api Neraka Mu Ya ALLAH...Aaminn🤲😭

Kredit: Kepada Tn. Adnan (Grup Sarana 4 Sekolah 'baby'. Semoga beliau terus sihat dan istiqamah mendoakan kebaikan serta menceriakan subuh kami semua. Amiinn.




(suria pagi menyambut kelahiranku 49 tahun lalu.. masih setia menyambut ulangtahun kelahiranku pada awal pagi hening ini)

Terima kasih LHDN mengutuskan kad Selamat Hari Lahir. Tanpa Prujedis. Kebetulan Tan Sri 'Rock' lepas bersara tinggal di kejiranan aku. Semoga beliau terus sukses.

Khamis, 24 Jun 2021

MALAM JUMAAT - 8 MINGGU YANG LEPAS AKU MASIH BERSAMA MAK

Aku kerap mendengar keluhan
Bahawa seseorang
Hanya akan dirasai kehilangannya
Apabila sudah tiada didepan kita
Aku sedar dan selalu sedar
Namun tidak pernah aku menjangka 
Secepat itu mak pergi..
Dan mak pergi tanpa pesan..

Genap 8 minggu lalu..
Aku masih bersama mak di kg
Pada waktu ini mak nampak sedikit ceria
Meminta cermin mata untuk dipakai
Mak kata dah lama tak pakai cermin mata
Mak juga kelihatan berbeza
Dari hari pertama aku pulang

Aku terdetik untuk mengambil gambar
Untuk dikongsikan dengan adik-adik
Mak yang nampak sihat dan ceria
Menjamah nasi, ikan goreng dan sayur bayam
Yang aku sediakan.. Mak nampak berselera..
Namun aku batalkan niat itu..
Untuk terus melihat mak yang ceria
Dan mak kembali berbaring di katil..

Mak kembali berbaring..
Mak tidur dengan selesa 
Tanpa bunyi nafas yang sesak 
Seperti sebelumnya..
Namun segalanya berubah
Sebaik mak terjaga..
Hingga aku memeluk mak
Untuk berbaring di strecher
Masuk ke ambulan dengan ditemani Khalil..

Selepas itu tiada lagi suara mak..
Sehingga pagi ahad.. mak pergi buat selamanya.
Ya Allah.. 
Peliharalah roh ibuku di sana..
Tempatkanlah ibuku bersama penghuni syurga..
Temukanlah ibu, ayah, abangku, saudara-saudaraku di syurga..

Mak.. Maafkanlah Man Mak..
Anak mu ini sangat menyayangimu..
Anak-anakmu berat berbicara
Namun jiwa bergelora..
Rindu tak terungkap dengan kata-kata
Sayang tak terzahir di mata..
Namun percayalah..
Anak-anakmu ini amat menyayangimu
Dari dulu hingga selamanya..

Ya Allah.. Berikan kekuatan untuk kami..
Semoga mak, abah, mertua, abang Sham, Damia..
Atuk, Wan,Nyang, dan semua saudara mara ku
Serta semua kaum muslimin dan muslimat..
Yang terdahulu meninggalkan kami..
Di tempat dikalangan penghuni syurga

Amiinn Amiinn Ya Rabbal Alamiinn.. 


Isnin, 17 Mei 2021

15 HARI MAK KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ya Allah.. Aku Redha dengan ketentuanMu..
Berikanlah aku kekuatan dalam menghadapinya..

Rabu, 28 April 2021 bersamaan 16 Ramadhan 1442H

  .. Jam 1.55 petang selepas solat Zohor aku bergerak pulang ke BS.
Sepanjang jalan sesekali dilanda hujan
  .. Sampai depan pintu rumah jam 5.45 petang
Sayu terdengar sayup suara mak batuk dengan nafas agak ketat
  .. Segera aku masuk ke bilik mak


















Aku: Mak.. apa khabaq..?
Mak: Hang sorang ja ka? Mana budak2..?
Aku: Man sorang ja Mak.. Payah polis nak bagi rentas negeri ramai2..

Petang tu aku baring atas katil mak
  .. Sambil urut dan picit2 kepala mak..
Kadang2 picit belakang tengkuk.. 

Mak:  Pelan sikit kat tengkuk sakit..
Aku:  Man kalau anak2 demam selalu tekan kepala.. picit belakang tengkuk..

Aku bersembang hal kesihatan mak.
  .. Dari hari selepas iddah.., 
Mak Lang bawa mak berbuka puasa di kedai Siti
  .. Mak mula batuk namun sukar menolak pelawaan Mak Lang ke Chemor
Mak rasa letih berjalan..
  .. Mak start demam di rumah Yan di Ipoh
Aat ambil mak bawa balik BS
  .. Mak kesian kat menantu nak uruskan mak ke bilik air
Mak lebih senang duduk di rumah..
  .. Semua mak cuba ceritakan pada aku..

Aku: Bubuq Marrybrown ni mak tak makan ka?
Mak: Aku tak lalu nak makan
Aku: Mak kena makan.. Mak lemah sebab tak makan..Kurang2 kena minum..Mak nak ayaq tak?
Mak: Boleh la sikit..
Aku: Man nak pi pasar Ramadhan.. Mak teringin nak makan apa2 ka?
Mak: Kalau ada agaq2 teringin juga..
Aku: Nanti Man cari..

Alhamdulillah.. aku dapat beli 2 jenis agaq2 dengan nasi kerabu untuk aku buka puasa
Mak makan juga 2-3 ketul. Yang lain aku simpan peti sejuk.


Mak Lang datang sembang dengan mak dan kadang2 menyapa aku

Mak Lang : Takkan hang nak biar ja mak hang macam ni Man..
(Mak Lang minta aku ikhtiar.. )
Takkan nak tengok mak hang baring macam ni ja.
(.. Mak Lang cadang kawan Abg Arih yang buat fisio Mak Lang hari tu.)
Mak setuju.. 

Mak: Boleh la.. Kak tanya2 dulu org tu kalau boleh mai tengok.

Petang tu Aat mai..
  .. Kebetulan aku tengah bersembang dengan mak
Mak baru patah balik dari bilik ayaq
  .. Mak kata pening kepala..
Terus berbaring tepi meja makan..
  .. Aku dan Aat saling memberikan kata semangat pada mak..
Mak seolah putus asa..

Aat: Mak kena ada semangat..
Aku: Mak kena makan.., minum.., baru boleh sihat..
Mak: Hgpa tak faham..
Aku: Nanti mak sihat boleh ikut kami gilir2 dok rumah seminggu dua.. 
Macam Maksu Sariah seronok dok rumah Jaq..
Mak: Dia lain.. Dia tak mcm aku jaga abah hgpa.. Bila dia takdak rasa lain..

Aku yakin.. mak masih teringatkan abah..
  .. Aku perlu bantu mak hilangkan perasaan tu..
Malam tu aku tidoq di ruang depan
  .. Sesekali terjaga sebab mak nak ke bilik air
Tapi mak perlu stop beberapa kali sebelum sampai bilik air
  .. Kadang2 mak terus terbaring mana2 sempat sambil mengeluh kepala pening

Aku: Kenapa mak baring kat bilik ayaq mak..
Mak: Aku pening.. tak larat..
Aku: Badan mak lemah mak.. Mak kena minum.. makan.. baru ada tenaga..
Aku papah mak untuk masuk semula ke bilik

Bila mak dah kembali baring di bilik,
  .. Aku ke dapor..
Perangat nasi kerabu yang aku beli petang tadi..
  .. Cukupla buat sahor sambil cairkan agar2 yang dah beku..



Khamis, 29 April 2021 bersamaan 17 Ramadhan 1442H

Aku: Mak nak makan nasi tak? Man ingat nak pi kedai beli ikan..
Mak: Hang nak masak ka? Beli ikan termenung dah la..
Aku: Sayoq..?
Mak: Cari yang lembut.. Bayam ka..?

Aku pergi kedai jual ikan, sayur sebelah rumah Aat.. 
  .. Aku beli ikan termenung 6 ekor.., ikan bawal sekor.., sayoq bayam seikat..
Balik kedai.. elok sampai depan rumah Mak Lang.., Mak Lang bagi tahu yang kawan Abg Arih mai dah
  .. Aku terus ikut Mak Lang dari belakang yang berjalan ke rumah..

Aku: Aik terus mai ja ka Mak Lang..? Tak bagitau awai?
Mak Lang: Dah dia ada.. Dia mai la..
               
Kesian aku tengok mak kelam kabut minta aku carikan track suit nak pakai..
  .. Ngam2 kawan Abg Arih masuk rumah mak dah siap pakai seluar..
Kesian jugak tengok mak tapi memang dia buat fisio saja
  .. Urut tapak kaki, jari kaki, jari tangan..
Bengkok2 kaki.. bengkok tangan..
  .. Katanya tak mau buat betul2 sebab mak nampak lemah..
Dia pun cadang kalau boleh bawa ke klinik masuk ayaq..
  .. Nampak badan kurang sangat ayaq katanya..

Petang tu aku masak nasi
  .. Bersiang dan goreng ikan termenung
Potong bawang.., sayoq bayam..
  .. Tengah tumis bawang.. gas pulak habis..
Takpa lah.. mak pun nyenyak tidoq..
  .. Lepas bukak posa je lah aku pi beli gas..
Petang tu aku bukak posa simple je

Lepas maghrib aku ke kedai abg Arih
  .. Abg Arih suruh aku ambik motor dia balik ambik tong gas kosong dulu..
Sebab aku tak ingat saiz besaq ke saiz kecik tong tu..

Aku: Tak pa.. Man pinjam troli sorong gas ni ja
Abg Arih : Ambik motor ni Man..
Aku: Tak pa..exercise sikit Abg Arih.. bukan jauh pun nak naik motor..
Abg Arih: Kesian hang ulang alik..
Aku: Tak pa..

Aku balik bawak troli sorong gas..
  .. Angkat tong kosong..
Mak pun dah sedar dari tidoq time tu..

Mak: Hang angkat sendiri ka Man.. Pasaipa tak minta Abg Arih hantar..?
Aku: Takpa Mak.. ringan ja.. Suruh Abg Arih pun bukan dia larat.. Tengah tumis bawang gas abih tadi..

Aku patah balik ke kedai Abg Arih.. 
  .. Jalan gelap.. Kebetulan haritu aku bawa balik sekali torch light yang baru beli kat DIY.. teranngg la..
Sakan aku menyuluh pokok sekeliling..
  .. Sampai kedai terus ambil gas petronas tong baru..

Mak Lang: Mak hang macam mana Man..
Aku: Nampak baik sikit.. Boleh duduk..berdiri.. Tidoq pun nyenyak tak dengaq nafas sesak sgt dah..
Mak Lang: (senyum je)
Abg Arih: Troli tu hantaq lambat pun tak pa Man..(agaknya dia kesian tengok aku ulang alik)

Malam tu memang aku ulang alik rumah.. kedai.. rumah..
  .. Pi kedai ambik troli..
Patah balik ambik gas.. tolak troli..
  .. Pi kedai semula bawa tong lama.. ambik gas baru dan bayaq RM24 rasanya
Patah balik rumah bawa gas baru ..
  .. Hantar semula troli Abg Arih..
Balik rumah sambung masak sayoq..

Malam tu mak makan berselera aku tengok..
  .. Licin pinggan.. 
Mak lapaq sangat rasanya..
  .. Selera baru datang..
Mak tidoq malam tu nampak selesa sangat..
  .. Beberapa kali aku ulang masuk tengok sebab senyap sangat nafas
Selalu nafas bunyi sesak..
  .. Aku tidoq depan tv malam tu..

Jumaat, 30 April 2021 bersamaan 18 Ramadhan 1442H

Lebih kurang jam 3.00 pagi aku terjaga..
Terdengar suara mak beradoi..
Mak keluar dari bilik sambil pegang tongkat melintasi aku..

Aku: Mak nak pi mana mak..
Mak: Aku nak pi bilik ayaq..
Aku: (aku peluk badan mak.. pimpin keluar bilik..) Badan mak panas sangat ni..

Separuh jalan mak longlai dan perlahan2 duduk sebelah sofa berdekatan sinki

Khalil: Kaki mak tersepit tu Abg Man.. (mak duduk bersimpuh rapat dengan sofa)
Aku: Mak..bangun mak.. sakit kaki mak tu.. (perlahan2 aku papah mak)

Aku dan Khalil papah mak masuk bilik ayaq.. Duduk atas bangku (tandas
bergerak)..  Tiba2 mak menggigil.. kali ni buat aku dan Khalil kelam kabut dan sgt risau.. aku terus call 999
Aku dan Khalil papah mak masuk bilik tidoq semula..
Tukaq kain batik yang basah tadi..

Mak: Hang dah panggil hospital ka Man?
Aku: Ya Mak.. Tadi mak menggigil teruk sangat.. Badan Mak panas sangat.. Kena pi hospital masuk ayaq mak.. InshaAllah nanti mak sihat..

Mak nampak tenang dan ikutkan nasihat aku.
Selang 10 minit ambulan sampai..
Khalil ikut naik ambulan..
Dari luar aku tengok nurse gantung air
Untuk cucuk masuk badan mak
Jam 4.20 ambulan bergerak ke Hospital Taiping.


(niat ambik gambar sekadar untuk pastikan aku dapat mengejar van ini.. namun Allah maha mengetahui akan segalanya)

Aku siapkan barang2 Mak..
Simpan barang kemas di tempat selamat.. kunci pintu
Terus bawa exora kejar ambulan ke Hospital Taiping..

Sampai hospital mak dah masuk ke bilik kecemasan
Aku duduk luar tepi kaki lima kecemasan dengan Khalil..
Selang berapa minit aku gerak sorang cari air mineral untuk sahor pagi tu.. 
Aku dan Khalil sahor ayaq mineral je..
Azan subuh aku terus ke Masjid Melayu depan hospital tu.

aku stop dulu. Aku akan sambung nanti...

.. sambungan..

Balik dari masjid aku tengok Khalil dah baring di kaki lima
Kami duduk sampai jam hampir 9.00 pagi.
Sesekali berjalan menghampiri Guard..

Guard: Bang.. selalu kes macam ni lama kalau abang nak tunggu..
Kalau abang nak balik dulu pun takpa.. Apa2 hai nurse telefon.

Aku tanya Khalil pandangan dia.. Kami buat keputusan balik BS dulu..

Aku mandi dan terlelap. Jam 12.00 aku bersiap nak ke Hospital.
Kebetulan keluar sahaja pintu rumah ke kereta, pihak Hospital call..
Keadaan mak seperti juga arwah abah sebelum ini.. Perlu bantuan pernafasan..

Aku segera memecut Exora ke Taiping.. (sepanjang jalan aku terpaksa mohon maaf pemandu lain kerana terpaksa pasang lampu kecemasan..)

Tiba di wad kecemasan.., nurse maklumkan diorang dah pasang hose masuk melalui mulut.. Keadaan mak agak statik..

Aku tunggu di kerusi ruangan menunggu. 
Kedengaran azan zohor dari Masjid Melayu. 
Saat khutbah jumaat, Siti datang bertanyakan situasi..
Aku cadangkan untuk aku sahaja tunggu memandangkan situasi semasa dan keadaan mak yang belum sedar.

Jam lebih kurang 2.45 petang aku menunggu di dalam exora
Aku terlelap dan tersedar jam 4.30. Segera aku mendapatkan guard.

Guard: Encik, mak encik rasanya nurse dah tolak ke wad. Cuba confirmkan di kaunter depan tu..
Aku : Pukul berapa diorang tolak ke wad? Wad no berapa?
Guard: Dalam pukui 3.00 tadi. Wad D5.
Aku : Oo ya ka. Saya tunggu kat kereta tadi. Takdak sapa2 pulak telefon bgtau..

Tanpa berlengah aku terus bergerak ke Wad.
Tiba di wad jam 5.15 petang.
Di Wad.., keadaan mak sepertimana juga arwah abah sebelum ini.. memerlukan bantuan pernafasan.

Petang tu aku berbuka dengan roti dan air kotak yang sempat aku bawa.
Lepas isyak aku drive thro McD Tasik Taiping.. Panjang Q..
Malam tu aku hanya stand by dalam exora.
Nurse tak bagi waris lelaki untuk temankan mak..
Aku akur dan hanya menunggu dalam kereta di perkarangan Hospital.


(kelihatan wad mak dari exoraku. Aku akur menunggu dalam kereta. Namun rezekiku katil mak bersebelahan tingkap) 

Sabtu, 1 Mei 2021 bersamaan 19 Ramadhan 1442H

Lepas solat subuh aku baca yaasin dalam kereta
Jam 8.00 pagi masuk tengok mak di wad
Keadaan mak nampak agak stabil
Cuma badan masih panas..

8.30 pagi Dr pakar terangkan keadaan mak..
Keadaan paru2 dan jangkitan kuman..

Tengahari Aat dan Fizza datang ke wad
Aku balik BS dulu untuk mandi
Kembali ke Hospital hampir berbuka..
Aku sempat singgah Masjid Tinggi tadi..
Beli ayaq, kuih untuk bekal berbuka..

Sampai parking Hospital hampir azan maghrib
Aku berbuka dalam Exora..
Call Aat sedang berbuka di McD.

Lepas berbuka aku naik wad D5.
Aat pesan sesuatu kepada aku sebelum keluar..

Siti datang.. nak ambik turn jaga mak..
Aku bgtau.. aku pun tak kemana..
Akan standby dalam kereta sahaja..
Malam ni aku standby kat tempat parking tingkat paling atas..
Setentang wad mak.. Aku tido ayam ja..
Beberapa kali aku tersedar.. 
Aku akan terus naik ke wad D5..


(malam ke-2 aku park sama level setentang wad mak. Sesekali terlelap namun beberapa kali aku terjaga dan segera naik ke wad)

Ahad, 2 Mei 2021 bersamaan 20 Ramadhan 1442H

Jam 12.00 malam.. Aku tersedar.. 
Nampak 2 nurse lelaki dekat katil mak.. 
Aku tak sedap hati.. terus berlari naik wad.. 
Rupanya diorang tukar persalinan mak..

Jam 4.20 pagi sekali lagi aku tersedar.. 
Sorang nurse perempuan dekat katil mak.. Aku segera naik.. 
Nurse tu tukar tiub susu mak..
Nampak muka mak mengerut.. agak kasar nurse perempuan tu..

Jam 5.00 pagi aku lihat keadaan mak agak stabil..
Cuma badan agak berpeluh..
Seperti biasa aku aku mengurut dan bersalam tangan mak.. 
Sambil membacakan ayatul kursi.

Aku terus turun mencari 7E.
Aku bersahor dalam exora depan 7E
Makan roti dan minum air kosong ja
Azan subuh aku terus ke Masjid Melayu depan Hospital.
Selesai solat aku duduk sebentar membaca Yaasin dalam kereta..

Jam 7.55 pagi perut aku rasa sakit..
Masuk toilet.. Line internet tak berapa elok..
Settle.., aku naik ke kereta parking tingkat 5..
Baru masuk kereta tiba2 Aat call bgtau Hospital minta datang segera..
Mak tenat..

Ya Allah.. Dengan kaki yang menggeletar 
Aku berlari dari kereta turun dari parking naik semula ke wad..
Sampai di katil mak.. aku nampak Dr dan 2 nurse lelaki sedang CPR mak..
Ya Allah.. Berilah kesembuhan buat ibuku..

Dr tak bagi aku dekat.. 
Dr tolak aku ke tepi dan minta aku tunggu di luar
Di luar.. aku hanya menunggu dan berdoa..
Semoga Allah anugerahkan keajaibanNya
Semoga mak kembali sembuh..
Semoga jantung mak kembali berfungsi..

Aat sampai dan terus laju masuk ke wad
.. 'Mak dah tak da'..
innalillahiwainnailaihirojiun..
Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Tempatkanlah ibuku di syurga..
Asbab rahmat Ramadhan..
Aku rehda Ya Allah..
Kau Maha Mengetahui Akan Segalanya..

Aku masuk melihat jenazah mak telah siap dibaluti kain..
Siti sampai selang 5 minit 
Ya Allah.. Tempatkanlah ibuku bersama abahku di syurga..
Angkatlah kebaikan ibu dan abahku

Aat balik dahulu ke BS untuk menguruskan hal pengebumian dengan pihak masjid..
Siti juga balik mempersiapkan rumah
Heri tiba saat aku menunggu jenazah dibenarkan keluar dari wad
Seterusnya bersama Heri berurusan di bilik jenazah..

Ibuku sebagaimana abahku..
Kembali ke rahmatullah dalam suasana PKP
Keterbatasan ditempuhi dalam pelbagai sudut..
Namun Allah anugerahkan kami kemudahan..
Juga adik2 mak, saudara mara yang berkesempatan hadir menziarahi..
Serta menyumbangkan sedekah..
Walaupun ada juga gagal melepasi permohonan di balai..
Namun itu semua asbab..

Semoga Mak dan Abah tenang di sana..
Ya Allah.. Tempatkanlah mereka di syurga..
Semoga kami adik-beradik cekal dan bersatu
Semoga perjalanan kami selepas ini dibayangi kebaikan keduanya..
Semoga kami terus istiqamah menjana sesuatu kebaikan 
Kebaikan untuk dipanjangkan pahala buat mak dan abah di sana..

Aaminn Ya Rabbal Alamiinn..
AL-FATIHAH (di bacakan.. InshaAllah..)


(Suasana subuh 3 Mei 2021 Masjid Baru MG)


(Semoga roh mereka yang terdahulu dicucuri rahmat. Melihatkan keadaan perkuburan kg ku terfikir macam2 dibenak namun.. aku serahkan untuk yang diamanahkan. Semoga Allah ganjari mereka sewajarnya Amiinn..)