Aku bersama keluarga pulang ke kampung
Singgah Ipoh malam menjelang Deepavali
Sepanjang jalan mainkan lagi raya
Walaupun hati kecil sangat sayu
Untuk kali pertama pulang
Tanpa dapat berjumpa mak dan abah
Hanya berpeluang ziarah pusara mak dan abah..
Juga pusara mak dan pak mertua
Pulang ke KL menghadap kesesakan teruk
Namun peluang bergerak yang Allah berikan
Setelah sekian lama dibatasi PKP
Aku amat bersyukur..
(Ya Allah.. Kuatkan diri ini.. kesunyian mencengkam.. kerinduan meruntun..)
Minggu ketiga:Aku ditemani Izzul
Bersama teman sekerja
Menempuh perjalanan ke Royal Belum
Walaupun sedar kami berada dipenghujung tahun
Bakal menghadapi hukum Allah.. musim hujan..
Namun hanya Allah lebih mengetahui segalanya
Pelbagai orang..pelbagai perasaan..
Namun aku yakin diriku dan keupayaanku
Dengan sedikit ilmu budak kampung
Sekadar ingin berbakti kepada orang lain
Tanpa sekelumit niat berbangga
Kerana Allah anugerahkan kelebihan
Untuk manfaat kepada yang tidak memilikinya
Semoga Allah anugerahkanku kesihatan
Untuk terus berkhidmat untuk semua
(kedamaian alam semulajadi negeriku)
(Royal Belum.. Anugerah Allah yang tiada nilainya)
(Alam yang dikongsikan untuk dinikmati)
(House Boat melintasi jambatan)
Aku bersama keluarga ke Melaka
Saat disini Allah tunjukkanku
Keupayaan fizikal ada keterbatasan
Begitu juga mental dan fikiran
Jika berterusan dibebani
Akan lemah dan membataskan
Dan segera perlu diperbetulkan
Tubuh ini perlukan kerehatan
Kerana ia juga makluk Allah..
Tidak akan berfungsi baik sepanjang masa
Semoga menjadi pedoman buat diri ini
Aku perlu segera sedar akan diri ini
Apatah lagi akan mencecah umur kerehatan
Pada tahun 2022 ini
Semoga Allah kurniakanku, isteriku, anak-anakku
Adik-adikku, saudara maraku, semua kaum muslimin
Kesihatan berpanjangan
Amiin.. Ya Rabbal Alamiinn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan