Isnin, 9 Ogos 2021

SEMOGA AMALAN 1442H DIGANJARI PAHALA BUAT MAK DAN ABAH

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Hambamu Ini
Insan Yang Lemah
Dalam Beristiqamah

Ampunilah Dosa dan Kesalahan
Hambamu ini Ya Allah..
Atas Apa Jua Kekhilafan
Sepanjang Tahun-Tahun Berlalu

Tahun 1442H Kedua-Dua Pintu Syurgaku 
Pulang Bertemu Ilahi..
Ahad 15 Rabiulawal 1442H Abah Pergi
Ahad 20 Syawal 1442H Mak Turut Pergi

Semoga Allah Cucuri Rahmat 
Atas Roh-Roh Mereka
Yang Telah Dahulu Pergi
Menuju Alam Yang Kekal Abadi

Meninggalkan Kami Merencana Hari
Demi Mengharungi Sisa Dunia Berbaki
Ya Allah.. Ya Tuhan Kami..
Perlindungan dan Keredhaan Mu Amat Dihajati 

Hambamu ini Insan Yang Lemah
Hadirkan Kekuatan dan Bekalan Kesihatan
Buatku Terus Bersama Darah Dagingku
Yang Masih Memerlukan Bekalan ke Sana...

Lindungilah Kami Yang Masih Ada..
Ya Allah...
Dalam Meniti Dunia Demi Akhirat
Yang Kekal Abadi di Sana

Di Penghujung 1442H ini Ya Allah..
Ampunilah segala Dosa dan Kekhilafan Kami
Semoga Tahun Baharu Membawa Sinar
Untuk Kami Kuat Berusaha Untuk Bekalan Ke Sana Nanti




   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan