Jumaat, 9 Ogos 2019

MENJELANG 10 ZULHIJJAH 1440H

InsyaAllah..
Peluang aku kembali
Untuk kerap pulang menziarahi
Kedua orang tuaku

Walaupun aku sibuk dengan urusan di pejabat..
Hingga di saat rakan2 berpusu2
Pulang untuk menyambut Aidiladha
Namun perasaan ini masih kuat

Untuk aku pulang disaat akhir
Mudah2an Allah peliharaku
Dan keluargaku
Dalam perjalanan ini
Serta mempermudahkan segala urusanku

Semoga aku terus tenang
Kerana tugasan yang menanti
Diketika kembali ke pejabat
Amat memerlukan kebijaksanaan

Ya Allah.. Permudahkanlah urusanku..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..



Antara sedar dengan tidak..
4 Ogos 2019 yang berlalu
Genap 10 tahun
kzchemistry.blogspot.com


Bermula dengan kzdiscovery.blogspot.com
Dimangkinkan oleh mood yang agak perlahan
Tatkala melawan kehendak hati
Antara pelajaran dan kemalasan dalam diri


Alhamdulillah..
Rezeki itu milik Allah..
Cita-citaku dikabulkan..
InsyaAllah.. tidak sekali akan ku persiakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan