Genap 15 tahun aku di sini
Mengharungi pengalaman demi rezeki
Dari alam yang penuh cabaran
Ke alam yang lebih menjaminkan
Namun alam mana sahaja
Di dunia maya ini
Tetap memerlukan usaha yang keras
Di samping cabaran berbeza
Apa jua cabaran dan dugaan
Aku seharusnya tetapkan diri
Untuk terus gagah di landasan
Dengan pergantungan kepadaNya
Semoga aku segera sedar dari lena
Lena yang panjang di luar upaya diri
Aku kena bangkit dalam mengatasi
Kembalikan kekuatan diri ini
Hanya Allah maha mengetahui
Situasi aku ketika ini
Namun..
Setiap ganjaran datangnya dengan cabaran..
Cabaran aku ketika ini adalah diri sendiri
Aku harus pantas mengatasi
Kelemahan diri ini
Tunjukkan jati diri sebenar..
Kerana aku sedar diri ini
Dan aku juga sedar kelemahan diri
Lantas tindakan segera dan istiqamah
Beserta doa hanya kepadaNya
Semoga usiaku disini
15 tahun yang kehadapan
Istiqamah dan keyakinan
Untuk aku terus berjaya
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan