Isnin, 20 Februari 2017

BERULANG-ALIK DI HUJUNG MINGGU

Seminggu sibuk dengan hal kehilangan di Klang
Juga bertindak mengikut arahan
Pengalaman terlibat secara langsung dalam pencarian
Dan berhadapan mereka yang berkaitan

Hujung minggu masa untuk keluarga
Kalau minggu lepas aku ke FST UKM
Membawa baby ke Seminar UPSR
Serta orang pertama hadir ke pejabat
Selepas dapat maklumat dan arahan kes kehilangan

Minggu ini aku berulang-alik ke sekolah Izzul dan Baby
Sabtu pagi aku ke Hari Terbuka Asrama Izzul
Sampai di sana jam 10.30 pagi.
Melayan anak-anak disana hingga jam 12.15 tgh

Balik rumah untuk bawa baby ke jamuan kesyukuran di sekolah
Izzul ikut outing
Lewat disana hingga jam 2.15 ptg terus bawa baby ke tusyen
Balik semula sebelum bawa Izzul pulang asrama

Jam 5.15 terus gerak ambil baby
Balik terus ke rumah
Malam ini aku tengok Perak vs JDT
Perak menang 2-1

Awal pagi ahad singgah 'char kuey tiow' sebelum hantar baby tusyen
Tolong jiran tebang dan kemaskan pokok di halaman
Ambil baby dan segera balik ke kenduri tunang anak jiran
Malamnya aku terlelap depan TV



Jumaat, 17 Februari 2017

ALHAMDULILLAH & TAHNIAH UPKK BABY 8A

Alhamdulillah..
Syukur dengan keputusan yang diperolehi
Semoga memberikan inspirasi buat baby dalam UPSR 2017
InsyaAllah..

Rekod sekolah 30 anak2 dengan 8A
Manakala 20 yang lain dengan 7A
Tahniah buat guru2 yang banyak memberikan tunjuk ajar
Syukur kepada Allah atas izinnya jua

Semoga anak2 keseluruhannya berjaya
Dunia & Akhirat
Mudah-mudahan anak2 menjadikan Al-Quran dan AsSunnah sebagai rujukan
Sepanjang hayat kehidupan
Semoga menjadi anak2 yang beriman dan bertaqwa
Semoga menjadi generasi pewaris nabi & rasul

Aminn Ya Rabbal Alamin..

Jumaat, 3 Februari 2017

BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING

Cuti CNY kali ini aku mengambil tambahan 3 hari cuti
Pulang ke Perak untuk sama-sama melaksanakan apa yang telah dirancang
Gotong royong fasa 1 dengan sasaran menyiapkan 2 bilik tambahan
Bak kata pepatah..
Langkah ke depan bermula dengan langkah pertama

Rabu sebelum CNY aku ke sekolah Izzul
Mungkin aku yang tiba awal sebelum kelas tamat
3 kali juga meronda sementara banyak kereta keluarga lain berbaris panjang
Jam 3 ptg bergerak balik ke rumah

Jam 9 pg jumaat aku dan keluarga bertolak ke utara
Di Slim River kenderaan semakin banyak di highway
Aku buat keputusan keluar ke 'jalan lama'
Hingga Ipoh, singgah solat jumaat di Pengkalan Gate

Singgah lunch di 'Mee Rebus Ramli'
Aku berpatah balik menghala Ipoh dan terus melalui Chemor
Sepanjang perjalanan sangat 'menyesakkan'
Namun aku hadamkan sahaja dengan perasaan yang neutral.. Lumrah..

Di Kuala Kangsar, aku kembali masuk ke highway
Alhamdulillah.. jam 4.30 ptg selamat tiba di halaman rumah
Kelihatan bata, batu, pasir dan simen yang menanti untuk digaul
Sangat teruja untuk memulakan 'kerja kontrak'

Jam 6.15 ptg, Heri tiba dengan Aisya
Mulakan kerja membuat longkang untuk beam
Sehingga jam 12.30 mlm menyiapkan beam
Badan sudah mula terasa kesan

Sabtu, seawal pagi aku ready mulakan kerja
Sehingga jam 2 ptg siap tuang konkrit
Sangat teruja untuk melihat bata disusun
Malam ini kami ber BBQ rehatkan badan

Seharian mulai pagi Ahad kami menaikkan bata
Badan terutama tangan kiri aku terasa semakin sakit
Aku usaha dengan tangan kanan sahaja
Malam ini kami ke Kuala Kurau memancing rehatkan minda
Memandangkan aku saha menggunakan mata kail kecil
Makan aku sahaja naikkan ikan duri
Heri, Latt, Oon, Khalil hanya tumpukan siakap
Balik jam 3 pg berbekalkan 13 ekor duri bersaiz kecil dan sedang

Isnin pagi aku mulakan kerja mengemas
Yang lain menyusul
Alhamdulillah sehingga petang isnin 75% berjaya disiapkan
Menunggu tingkap yang mak nak sponsor

Malam jam 9 aku bertolak pulang ke NS
Badan agak letih namun aku harus bergerak kerana Izzul perlu pulang asrama
Sepanjang dari BS melalui 'jalan lama'
Masuk highway di Bidor
Singgah restoran jejantas Sg. Buloh mencari roti dan kopi
Tiba NL jam 4.30 pagi

Jam 4 ptg selasa aku bergerak hantar Izzul
Singgah Dominos untuk memenuhi kemahuan anak-anak
Pulang untuk sambung berehat
Khamis aku masuk pejabat

Walaupun cuti kali ini agak penat
Namun aku puas hati
Semoga Allah permudahkan usaha murni kami.. InsyaAllah..

Aminn..
Kerja awal memotong besi untuk beam

Kelihatan pembancuh simen yang berjasa walaupun perlu sentiasa dimanjakan
Pelan rumah sekarang design by heri
Perancangan Fasa 1 design by heri
Pertama kali air naik di kg
Bata, Batu & Pasir kena air

Juadah BBQ sementara menunggu beam kering