Isnin, 29 Ogos 2016

SUKARNYA AKU BERLAKU ADIL DENGAN MASA

Mungkin pepetah ada berkata, manusia hanya ada 2 tangan..
Ataupun.. sambal menyelam, minum air..
Maksudnya bagi aku,
Manusia macam aku hanya dibatasi oleh 2 kerja dalam sesuatu masa
Hanya 2 perkara tersebut dapat kita berikan tumpuan sepenuhnya
Namun jika kita cuba untuk lakukan perkara ke-3 pada masa yang sama
Mungkin kualitinya sudah tiada..

Mungkin juga ada manusia yang diberikan keistimewaan..
Melakukan lebih dari 2 perkara dalam satu masa..
Walaupun ada 2 tangan namun berkebolehan menggunakan kaki..
Atau berupaya hanya menggunakan suara untuk perkara ke-3..
Begitu juga sambal menyelam, minum air, sambal tangan menangkap ikan..

Apa yang penting disini..
Kebijaksanaan kita dalam melakukan kerja-kerja itu..

Realiti aktiviti aku sepanjang ogos ini sibuk dengan urusan komuniti..
Disamping rutin kerja dan pengurusan keluarga..
Sedikit terbatas aktiviti kerana masalah kewangan yang terhad
Disini.. psikologi aku menurun kerana terlalu memikirkan soal kewangan
Hinggakan hubungan dengan sanak saudara aku 'abaikan' buat sementara
Itu kelemahan aku..

Alhamdulillah.. menjelang akhir ogos ini aku cuba atasi masalah sedikit demi sedikit..
Masalah berpunca dari diri sendiri..
InsyaAllah akan aku cuba imbangkan peribadi, keluarga, kerjaya, masyarakat dengan seoptima mungkin..
Biar semuanya aku peduli.. jangan 1-2 perkara sahaja aku tumpukan 100% namun perkara ke3, ke4.. aku abaikan..   

Jumaat, 5 Ogos 2016

DEMI MENYARA KELUARGA - AKU MASIH BERJAGA

Dikedinginan malam begini, aku masih berjaga
Bersama rakan2 AH, HN, MM menyusuri jalanan sekitar SA
SS26, SS15, SS16.. sekarang berehat membasahkan tekak di SS20
Jam sudah menunjukkan 2.29 pagi.
Dapat berjumpa 1 team jam 12.30 tadi.
Tiada apa yang bermasalah..
InsyaAllah pulang terus selepas dari sini.

kzdiscovery@SS20.SA.S

Khamis, 4 Ogos 2016

1 ZULKAEDAH 1437H

Alhamdulillah..
Berjaya menyelesaikan puasa hari ke-6 pada 28 Syawal
Semoga aku lebih awal bersedia jika diberikan peluang bersama Syawal 1438H
Tahun hadapan InsyaAllah..

Hari ini 1 Zulkaedah..
Musim umat islam menuju Mekah
Melaksanakan fardhu haji
Semoga Allah buka peluang buatku dan keluarga suatu masa kelak

Aku masih mengharapkan rezeki Allah
Buat kedua ibu dan bapaku
Mengikut perkiraan TH giliran pada 2022
Semoga abah dan mak diberikan kesihatan mengharungi 6 tahun lagi

YA ALLAH..
BUKAKANLAH PINTU HATI PIHAK BERKENAAN
UNTUK MELULUSKAN RAYUAN KAMI
BUAT ABAH DAN MAK KE TANAH SUCI MU

YA ALLAH..
BERIKANLAH KESIHATAN DAN KEKUATAN
KEPADA ABAH DAN MAK
DALAM MENANTIKAN GILIRAN MEREKA PADA TAHUN 2022

YA ALLAH..
KAMI REDHA DENGAN KETENTUANMU
KAMI REDHA UNTUK KAU BERIKAN PELUANG
KEPADA MEREKA YANG TERDAHULU LEBIH LAYAK

AMINN AMINN YA RABBAL ALAMIN..

Isnin, 1 Ogos 2016

PENGHUJUNG SYAWAL 1437H

Hari ini 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal
Aku masih mencari kesempatan melengkapkan puasa hari ke-6
InsyaAllah esok tekad untuk melunaskannya

Cerita Minggu Lepas
Jumaat 29 Julai, memeriahkan jamuan Aidilfitri Bhg
Paginya bersama dalam mesyuarat
Sesekali keluar untuk membantu menyediakan minuman

Alhamdulillah agak meriah program kali ini
Selesai jam 1.15 tgh, aku bergegas ke SB
Lewat untuk solat jumaat
Aku akui culas dalam pengurusan masa

Ambil Izzul. Harith juga bersama dibawa pulang
Lewat untuk tiba dan membawa pula Aina untuk pendaftaran program kemnya
Hampir 3.30 ptg tiba ke sekolah
Moga tiada kesulitan baginya atas kesilapan aku

Malamnya aku dan Su agak keletihan
Menyiapkan juadah Laksam, Rendang, mee rebus untuk hidangan esok
Jam 3.00 pagi masih mengisar bahan mentah
Dapat tidur hampir jam 4.30 pagi

Awal pagi, abg Li tiba bersama kak Keti
Singgah sebelum hantar ke airport
Mira juga tiba seawal pagi
Mudah-mudahan bantuan mereka mendapat balasan kebaikan dari Allah SWT

Sehingga lewat malam melayan tetamu
Kebanyakan kenalan dan keluarga Su
Di pihak aku cuma Apat hadir
Walau bagaimanapun aku bersyukur berjaya mengadakan hajat Su

Ahad, aku hanya berehat di rumah
Jam 12.30 hingga 1.30 menunggu Aina di sekolah
Menumpangkan rakannya dari flat
Menghantar kembali Izzul ke sekolah

Semoga Allah memberkati aktiviti ku sepanjang Syawal ini
Walaupun agak ketat dan kekurangan dana
namun Allah beriku perasaan tenang
Namun aku akan berusaha mengembalikan situasi aku ke landasan yang lebih baik

Mudah-mudahan.. Allah bersamaku, InsyaAllah..