Awal cuti sekolah aku pulang ke BS.
Jalan clear... dan senang hati memandu.
Bergerak jam 12.00 tgh. Selepas selesai kelas tajwid su.
Singgah Lahat pekena mee rebus Ramli...
6.00 ptg jejakkan kaki di BS.
Alhamdulillah... lepaskan rindu jumpa mak dan abah...
Isnin pagi aku dan su turun pasar...
Cari ayam sikit.., ketam sikit... kerang sikit.., pekasam...
Boleh tahan harganya... 4 ekor ketam dah RM35...
Yang penting puas hati... besar...
Selasa ikut Aat ke jeti nelayan...
Memang banyak la ikan... Rambang mata dibuatnya...
Jenahak, udang, pelaling, bawal, segar-segar tu...
RM100 ++ jugak...
Aat nampak macam tak serik tu... nak datang lagi katanya...
Rabu... Aat ajak ke jeti lagi...
Tapi aku dah plan nak kerjakan cukup2 rumput dan semak-samun di halaman...
Selesai dekat maghrib...
Tumbang juga pokok belakang bilik air tu...
Elok sangat la... Habih tenaga aku rasanya...
8.45 mlm.., bergerak pulang ke KL...
Jalan clear... maintain 110 km/j.
Alhamdulillah... sampai rumah jam 12.20 tgh mlm.
Khamis, setengah hari di mahkamah...
Uruskan kak su dapatkan surat faraid simpanan arwah a. sham...
Masih ada lagi yang belum selesai...
Menunggu giliran... terpaksa mendengar cerita rumah tangga orang lain...
Asam garam berumahtangga... kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh jadi besar...
Sabtu ke rumah Heri...
Ahad hantar Izzul pulang asrama... Sekolah bermula...
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Isnin, 23 Mac 2015
Selasa, 10 Mac 2015
TAHUN PERTAMA BERNASYID DI SEKOLAH MENENGAH
Alhamdulillah..
Tahun pertama terus serasi dengan pasukan nasyid sekolah barunya..
Semoga aktiviti ini menjadi asbab kebaikan dan keseronokan Izzul di sekolah..
Pelajaran amat penting sekarang..
Namun aku relakan Izzul dengan minatnya dikala masa lapangnya..
Kebaikan juga untuknya untuk aktiviti kokurikulumnya..
Johan peringkat negeri.. In sha Allah Nov. peringkat kebangsaan di UM.
Itu cerita pada hari sabtu..
Hari ahad aku berkejar ke dua lokasi untuk mesyuarat PIBG.
Selesai di sekolah rendah 'Baby'.. terus ke sekolah Izzul pula.
Tak sempat melihat Izzul beraksi di pentas sekolahnya.
In sha Allah.. minggu depan cuti persekolahan.
Jika tiada aral, aku akan pulang ziarah mak dan abah di kg.
Rindu anak tidak pernah luntur kepada kedua ibubapanya..
Bergantung atas diri kita setiap perlakuan kita atas keduanya.
Kasih ibu bapa bawa ke syurga..

Jumaat, 6 Mac 2015
JUMAAT MINGGU PERTAMA BULAN MAC 2015
Cerita minggu lepas, aku hadir ke sekolah Izzul hanya untuk bertanya khabar..
Rupa2nya semua pelajar tidak boleh pulang pada minggu itu..
Silap aku sendiri..
Tidak mengapa.. pengalaman untuk aku..
Sekurang-kurangnya dapat berjumpa Izzul untuk solat Jumaat pada hari itu..
Hajat anak-anak sedara untuk bermesra dengan Izzul tidak tercapai..
Melawat mereka pada petang Sabtu. Puas melayan jem selepas hadir majlis perkahwinan anak saudara abg shahrom di SW.
Pagi sabtu tu baby ada program sukan di sekolahnya.
Dia cuma masuk acara perbarisan..
Mungkin itu sahaja kemampuannya yang sesuai dan dilihat guru.
Ahad pula hadir majlis perkahwinan anak staff di rumahnya berdekatan pejabat.
Terus menjenguk Izzul pada petang itu.
Minggu ini juga Izzul tak boleh pulang sebab minggu depan sekolah sudah mula bercuti semester..
In sha Allah. Kami akan hadir melawat seperti biasa..

Langgan:
Catatan (Atom)