Khamis, 25 Ogos 2011

LAST DAY KERJA BEFORE BALIK RAYA

Mood raya semakin kuat menjelang pulang ke kg.
Rasanya semua akan setuju kalau aku katakan time ni lah 'peak time dalam setahun' perasaan teruja untuk pulang berjumpa mak dan abah di Kg.
Sekurang-kurangnya, kepulangan awal dapat meringankan perasaan rinduku..
Juga rindu mak dan abah kepada cucu-cucunya.
Walau jauh mana aku merantau.. kampung halaman tetap menggamit kepulangan..
Terdetik dan teringat juga keluhan rakan-rakan yang telah tiada orang tua, Raya sudah tidak semeriah dahulu.. Adik-beradik sudah tiada haluan.. Abang-abang dan kakak-kakaklah menjadi pengganti rindu di pagi Aidilfitri.
Ya Allah.. panjangkanlah umur kedua orang tuaku.
Berikanlah kesihatan dan jauhkanlah mereka dari mala petakamu Ya Allah..
Aku belum puas bersama mereka didunia ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan