Isnin, 15 Ogos 2011

4 FLAT ..!!! BERKAT RAMADHAN

Result Sem ini (walaupun short sem) cukup menaikkan semangatku untuk menyelesaikan semester akhir dengan PSM 2.  Mudah-mudahan baki jam kredit yang ada akan mengembalikan keputusan terbaikku.
Mengambil kesempatan dalam bulan mulia ini, aku berdoa semoga UPSR anak sulung aku juga bakal memberikan keputusan yang baik demi masa hadapannya.
Semoga aura dan budaya belajar yang aku terapkan dalam diri dan keluarga akan terus kekal hingga bila-bila.
InsyaAllah aku akan sama-sama dalam Konvo pada Mei 2012.
Harapan agar anak sulung aku juga berjaya.. InsyaAllah.. !!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan