Mood raya semakin kuat menjelang pulang ke kg.
Rasanya semua akan setuju kalau aku katakan time ni lah 'peak time dalam setahun' perasaan teruja untuk pulang berjumpa mak dan abah di Kg.
Sekurang-kurangnya, kepulangan awal dapat meringankan perasaan rinduku..
Juga rindu mak dan abah kepada cucu-cucunya.
Walau jauh mana aku merantau.. kampung halaman tetap menggamit kepulangan..
Terdetik dan teringat juga keluhan rakan-rakan yang telah tiada orang tua, Raya sudah tidak semeriah dahulu.. Adik-beradik sudah tiada haluan.. Abang-abang dan kakak-kakaklah menjadi pengganti rindu di pagi Aidilfitri.
Ya Allah.. panjangkanlah umur kedua orang tuaku.
Berikanlah kesihatan dan jauhkanlah mereka dari mala petakamu Ya Allah..
Aku belum puas bersama mereka didunia ini..
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Khamis, 25 Ogos 2011
Selasa, 23 Ogos 2011
SEMINGGU MENJELANG SYAWAL, BERBAKI SEMINGGU RAMADHAN BAKAL MENINGGALKAN KITA
Hari ini adalah hari ke-23 Ramadhan 1432H.
Tinggal seminggu Syawal bakal menjelang..
Namun adakah 7 hari Ramadhan berbaki adalah yang terakhir buatku ?
Doaku semoga akan ku temui Ramadhan untuk setahun akan datang..
Semoga amalanku buat Ramadhan kali ini diberkati olehNya..
Semoga azam Ramadhanku kali ini tercapai..
Jika tidak banyak.. Cukup sekadar meningkatkan keimanan dan ketakwaanku setakuk dari sebelumnya..
Harapanku semoga keluargaku juga terkesan dengan Ramadhan kali ini..

Jumaat, 19 Ogos 2011
19 RAMADHAN 1432H & MENJELANG 10 MALAM TERAKHIR
Ya Allah !!!
Terasa sungguh sayu bila Ramadhan sudah hampir meninggalkanku.
Terasa terlalu singkat masa berlalu..
Rasanya seperti baru semalam Ramadhan bermula.. kini sudah kian menghampiri Syawal.
Hatiku tersentuh.. banyak perkara buat aku tersentuh..
Semoga hajatku untuk membersihkan 'Hati' ini dalam bulan mulia ini terlaksana..
Banyak perkara penting bakal aku tempuhi sepanjang setahun ini..
Doaku semoga Allah berkati usaha serta penat-lelahku selama hampir 4 tahun ini..
Berkatilah kejayaanku yang bakal aku perolehi.. InsyaAllah..
Semoga mendorong aku untuk lebih berjaya..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Isnin, 15 Ogos 2011
4 FLAT ..!!! BERKAT RAMADHAN
Result Sem ini (walaupun short sem) cukup menaikkan semangatku untuk menyelesaikan semester akhir dengan PSM 2. Mudah-mudahan baki jam kredit yang ada akan mengembalikan keputusan terbaikku.
Mengambil kesempatan dalam bulan mulia ini, aku berdoa semoga UPSR anak sulung aku juga bakal memberikan keputusan yang baik demi masa hadapannya.
Semoga aura dan budaya belajar yang aku terapkan dalam diri dan keluarga akan terus kekal hingga bila-bila.
InsyaAllah aku akan sama-sama dalam Konvo pada Mei 2012.
Harapan agar anak sulung aku juga berjaya.. InsyaAllah.. !!!

Khamis, 11 Ogos 2011
11 RAMADHAN 1432H (11 OGOS 2011)
Ramadhan kali ini ku harapkan lebih baik bagi ku dari yang sudah.
Semoga hati ini lebih bersih dan kekal bersih selama-lamanya.
Tekad ku untuk kekalkan momentum tarawih tidak terlaksana.
Namun ada kalanya tanggungjawab kepada kebajikan keluarga terpaksa aku laksanakan pada masa yang sama sepatutnya aku beribadah kepada Allah SWT.
InsyaAllah semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Isnin, 1 Ogos 2011
1 RAMADHAN 1432H (ISNIN, 1 OGOS 2011)
Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna,
Agar Dapat Ku Lalui Dengan Sempurna..
Selangkah.. Demi Selangkah..
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasaku Berada Dibulan Ramadhan
Semula...
Ku Mengharap Ramadhan Kali Ini Penuh Makna,
Agar Dapat Ku Lalui Dengan Sempurna..
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahkan
Moga Dapatku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Tiada Henti-Henti..
Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna,
Agar Dapat Ku Lalui Dengan Sempurna,
Tak Inginku Biarkan
Ramadhan Berlalu Begitu Sahaja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah..
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Ku Mengharap Ramadhan Kali Ini Penuh Makna,
Agar Dapat Ku Lalui Dengan Sempurna..
Ku Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan..
Selangkah Demi Selangkah..
Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku Kutempuh Jua..
- Raihan & Man Bai - Harapan Ramadhan -

Langgan:
Catatan (Atom)