Jam 8.00 pagi- 1.00 tgh.
"Silaturrahim penduduk memasuki fasa baru yang lebih matang".
Itu pandangan aku apabila selesai majlis tengahari tadi.
Tahun ini masuklah tahun ke-3 aku bermastautin di sini.
Dari tahun ke tahun, perhubungan kemasyarakatan disini melihatkan kemajuan.
Setiap sub-komuniti yang tertubuh secara rasmi di sini menjalankan tugasan masing2 yang penting demi perpaduan dan keselesaan bersama.
Dari persatuan penduduk, AJK surau, KRT, dll masing-masing ada tanggungjawab tersendiri.
Masing2 amat penting di sini.
Bagi aku, OB yang aku pelajari semasa tahun 2 berkaitan 'group and team' ternyata dipraktikkan disini.
Suatu masyarakat tidak dapat lari dari masalah team2 kecil yang positif dan negatif.
Kewujudan team2 ini adalah cabaran dan asam-garam dalam kehidupan bermasyarakat.
Jika tiada cabaran, maka masyarakat tidak akan matang atau akan lambat menjadi matang.
Jam 6.05 petang.
Sebaliknya pula kisah di warung sate W.... di Sg. RL. Mulanya aku ingin mencuba rasa sate yang lain dari sate popular HS. Memandangkan kekangan masa untuk aku masuk town untuk ke warung sate HS, aku singgah ke warung sate W.... Jam 6.05 petang order. Pukul 7.00 baru siap ???
Sempat aku bertanya pelanggan yang sama menunggu, pengaturan kerja serta pengurusan adalah kurang profesional disini.
Mungkin motto warung W.... "Datang Sekali dan Jangan Datang Lagi"
Walau macam mana pun, sate warung W.... memang sedap. Mungkin aku akan fikirkan semula sama ada nak datang lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan