Selasa, 15 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H

Tepat jam 6.00 pagi aku sudah tercegat di ruang legar pejabat untuk menyertai Perarakan Maulidur Rasul di Putrajaya.
Terima kasih S.A yang sudi membawa kontinjen hingga ke Masjid Sultan Mizan.
Jam 7.00 pagi, suasana masih kelihatan gelap, kami berlima bergerak menuju Masjid Putrajaya.
Mulanya nampak confuse sebab ada kontinjen lain yang sedondon dengan kami. (Mana lagi nak cari warna kalau dah beratus kontinjen .. Mesti ada yang 'duplicate' atau tailor yang sama..)
Bergerak dalam kontinjen dari Masjid Putrajaya mulai jam 7.45 pagi dan tiba ke Masjid Sultan Mizan pada jam 8.15 pagi. (30 minit juga berjalan..).
Sedikit terbit perasaan kecewa (walaupun penyertaan kali ini atas keikhlasan) kerana tiada bekalan alas perut disediakan.
Melihatkan ada rakan yang kelihatan gelisah dengan situasi ini serta bagi mengelakkan perkara yang mudarat dari berlaku.. , kami mengambil keputusan yang wajar untuk mencari bekalan alas perut..    

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan