Isnin, 28 Februari 2011

SEPAGI DI PERASMIAN KRT & SEPETANG MENUNGGU SATE

Jam 8.00 pagi- 1.00 tgh.

"Silaturrahim penduduk memasuki fasa baru yang lebih matang".
Itu pandangan aku apabila selesai majlis tengahari tadi.
Tahun ini masuklah tahun ke-3 aku bermastautin di sini.
Dari tahun ke tahun, perhubungan kemasyarakatan disini melihatkan kemajuan.
Setiap sub-komuniti yang tertubuh secara rasmi di sini menjalankan tugasan masing2 yang penting demi perpaduan dan keselesaan bersama.
Dari persatuan penduduk, AJK surau, KRT, dll masing-masing ada tanggungjawab tersendiri.
Masing2 amat penting di sini.
Bagi aku, OB yang aku pelajari semasa tahun 2 berkaitan 'group and team' ternyata dipraktikkan disini.
Suatu masyarakat tidak dapat lari dari masalah team2 kecil yang positif dan negatif.
Kewujudan team2 ini adalah cabaran dan asam-garam dalam kehidupan bermasyarakat.
Jika tiada cabaran, maka masyarakat tidak akan matang atau akan lambat menjadi matang. 

Jam 6.05 petang.
Sebaliknya pula kisah di warung sate W.... di Sg. RL.  Mulanya aku ingin mencuba rasa sate yang lain dari sate popular HS. Memandangkan kekangan masa untuk aku masuk town untuk ke warung sate HS, aku singgah ke warung sate W.... Jam 6.05 petang order. Pukul 7.00 baru siap ???
Sempat aku bertanya pelanggan yang sama menunggu, pengaturan kerja serta pengurusan adalah kurang profesional disini.
Mungkin motto warung W.... "Datang Sekali dan Jangan Datang Lagi" 
Walau macam mana pun, sate warung W.... memang sedap.  Mungkin aku akan fikirkan semula sama ada nak datang lagi.

Isnin, 21 Februari 2011

TIDOR BERALAS PAPAN - CATATAN MEMORI

Tanpa sebarang appoinment, aku terserempak dengan Syed di parking lot.
Jam baru 12.30 tgh. Kami ke library untuk touch up assignment.
1.30 tgh - bergegas untuk booking komputer.
Lunch di cafe sambil mengharapkan saudara Anuar tengokkan beg.
Malam ini aku menumpang di Kolej.
Beralaskan katil tanpa tilam, cukup sekadar menumpang tidor semalaman.
Pagi ahad, terus ke kelas PS.
Lepas kuiz terus return ke Kolej untuk pulangkan kunci yang terlupa dipulangkan pagi tadi.
Ambil keputusan terus pulang ke rumah.
Maghrib dan Isyak ke surau yang nyaman.

Selasa, 15 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H

Tepat jam 6.00 pagi aku sudah tercegat di ruang legar pejabat untuk menyertai Perarakan Maulidur Rasul di Putrajaya.
Terima kasih S.A yang sudi membawa kontinjen hingga ke Masjid Sultan Mizan.
Jam 7.00 pagi, suasana masih kelihatan gelap, kami berlima bergerak menuju Masjid Putrajaya.
Mulanya nampak confuse sebab ada kontinjen lain yang sedondon dengan kami. (Mana lagi nak cari warna kalau dah beratus kontinjen .. Mesti ada yang 'duplicate' atau tailor yang sama..)
Bergerak dalam kontinjen dari Masjid Putrajaya mulai jam 7.45 pagi dan tiba ke Masjid Sultan Mizan pada jam 8.15 pagi. (30 minit juga berjalan..).
Sedikit terbit perasaan kecewa (walaupun penyertaan kali ini atas keikhlasan) kerana tiada bekalan alas perut disediakan.
Melihatkan ada rakan yang kelihatan gelisah dengan situasi ini serta bagi mengelakkan perkara yang mudarat dari berlaku.. , kami mengambil keputusan yang wajar untuk mencari bekalan alas perut..    

 

Isnin, 14 Februari 2011

DUA AGM DALAM MASA DUA HARI

Dah nak dijadikan cerita...
Kebetulan minggu ini tiada kelas.
Kedua-dua AGM aku dilantik sebagai AJK..
Mulanya tu hendak juga aku bangun menolak pencalonan dengan mengambil kira kapasiti sebagai 'student' tahun akhir yang banyak komitmen...
Aku terima sahaja pelantikan dengan hati yang rela berbekalkan pengalaman sebelum ini..
Cuma sketsa diakhir AGM hari semalam memang agak mengecewakan..
Aku hormati keputusan kawan-kawan seperjuangan walaupun hakikatnya, keputusan aku sebelum ini pun tidak mendapat perhatian..Walau bagaimanapun aku cuba menampung mana-mana yang patut dalam kehidupan berkomuniti...
1 komuniti.. 1 wawasan.

Selasa, 8 Februari 2011

WARNA-WARNI SEMINGGU BERCUTI

01/02 (Selasa) : Bergerak Pulang ke BS dari rumah jam 12.00 tgh. Sepanjang perjalanan menggunakan jalan persekutuan. Line clear.
Tiba BS jam 9.30 mlm. Malam ni tidor di PSKT.
02/02-03/02 : Khemah dah dipasang dihalaman rumah. Berkemas sawang di siling sampai malam.
04/02 : Siti nikah jam 3.30 ptg. 3 pasangan nikah petang ni. Sedikit saja event error..
05/02 : Awal pagi ke pasar mencari barang untuk santapan pengantin. Emosi aku bercampur-campur dengan situasi sekarang. Orang tua tetap aku dahulukan..
06/02 : Hantar pengantin ke BB. Nama kg.. emm.. satu dalam sejuta mungkin dua juta...
6.45 pm bertolak ke KL melalui jalan persekutuan. Jem di KKangsar.
Masuk HWay mulai Ipoh.
Nampak gayanya aku akan lewat tiba malam ni.
3.00 pagi sampai. Penaaattttt....................
Pagi ni.. alarm bunyi pun aku tak perasan.
Finally ponteng sekolah juga lah anak-anak aku..
Puteri Tunggal dikelilingi Putera-Putera