Selasa, 27 Disember 2022

MENGEJAR ATAU DIKEJAR OLEH MASA?

Tahun 2022 berbaki 4 hari
Sebelum tirainya berlabuh
Meningggalkan aku yang masih sibuk
Sibuk dari setiap sudut kehidupanku...

Malam tadi kurang beberapa minit
Ke jam 12 tengah malam
Aku pulang dari menziarahi kampungku
Kesempatan yang ada aku ambil dengan bermakna

Walaupun aku terkejar pulang
Hinggakan terlupa menziarahi pusara mak abah
Semoga dicucuri rahmat atas roh
Kedua mak dan abah.. juga anak saudaraku Damia...

Semoga diberikan ketenangan disana
Ya Allah.. berikan ganjaran syurga 
Buat mak dan abahku, abangku, nenek moyangku..
Semua sandara mara, sahabat dan semua saudara islamku..

Sesungguhnya kami semua juga akan ke sana..
Semoga husnul khatimah sentiasa menjadi zikir buat kami
Kami yang tinggal terus menyaksikan perjalanan dunia ini
Semoga Allah pelihara islam atas muka bumi ini... 

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Jumaat baru berlalu.. aku penuhkan masa
Untuk bersiap pulang ke utara
Ambil Izzul di UiTM.. 
Namun pulang dengan lebuhraya yang mulai sesak

Sabtu.. sebaik semuanya sedia..
Kami meraikan majlis kenduri kahwin di Cheras
Selepas solat.. sekitar jam 2.00 petang
Kami terus melalui KL menuju utara

Sepanjang jalan bersulam kenderaan yang sesak 
Bertali arus juga dengan tujuan yang tersendiri
Apa yang pasti semuanya memanfaatkan cuti
Sama ada pulang menziarahi orang tua, menghadiri majlis..
Mahupun sekadar bercuti membawa keluarga bermusafir

Aku hanya singgah menjamah kue tiow dan terus ke utara
Malam ini aku menumpang rumah adikku Heri..
Hasrat melihat gelagat peraih berbisik pagi esoknya
Namun tidak berhasil dek nelayan menuju ke Kedah
Sedangkan aku di seberangnya.. Pulau Pinang..

Ahad aku sama-sama keluarga dan sepupu di majlis
Perkahwinan anak Abang Kri
Selesai.. petang kami makan mee udang
Malam makan durian pula..

Isnin aku singgah rumah baru CT
Terus singgah rumah Aat pula
Pulang 111 mengubat rinduku
Ini rumah pusaka kami adik beradik..
Rumah hasil 22 tahun titik peluh arwah abah

Selepas asar kami bergerak pulang
Singgah jumpa Abg Arih.., mak lang.., Jat pun ada..
Singgah lunch jam 3.45 petang
Cari pekasam dan belanak masin
Dari pasar BS hingga ke CJ

Sepanjang lebuhraya kenderaan tersangat banyak
Singgah Tapah pun jam hampir 9 malam
Alhamdulillah.. kami sekeluarga selamat sampai
Jam hampir 12 tengah malam..

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan