Isnin, 10 Januari 2022

CABARAN.. DUGAAN..UJIAN.. MEMERLUKAN 100% KESABARAN

Adakah aku sedang berada dalam situasi tekanan melampau?
Pengalaman begini aku telah lalui pada 2008 hingga 2012
Malahan kali ini terasa amat berat untuk ditanggung
Namun aku masih menaruh sepenuh pengharapan
Semoga ianya berada dalam kemampuanku

Mungkin keputusanku untuk menyambung pengajian agak lewat..
Dengan kemampuan otak dan fizikal yang semakin terbatas
Ditambah kaedah pembelajaran yang semakin jauh terkehadapan
Sebaliknya aku dari kalangan Gen-X ini
Perlu kembali berlari dari santai berjalan sebelum ini

Aku berdoa dan berharapan
Keputusan ini tepat untuk beberapa sasaran
Selain kejayaan setapak ke hadapan
Aku juga mahukan perubahan dalam diri
Mencari ilmu sepanjang masa selagi aku termampu

Aku sangat stress minggu ini
Semoga Allah permudahkan perjalanan ini
Aku cuba selesaikan masalah ini segera
Aku cuba perbaiki kelemahan ini
Aku perlu segera ubah caraku dan pemikiranku

Perjalanan ini perlukan pengorbanan
Namun aku percaya Allah itu maha mengetahui
Allah telah tentukan ujian untuk hambanya
Semoga cabaran dan dugaan ini
Sebagai ujian untuk meningkatkan martabat diri

Ya Allah.. Aku hambamu yang lemah
Permudahkan urusanku Ya Allah..
Cabaran pembelajaran dengan komitmen kelas..
Tugasan dan pembentangan, ujian..
Dan Laporan kursus dengan due yang amat mencengkam perasaan..

Dugaan tugasan pekerjaan yang wajib dihadapi
Kerana ia sumber rezeki
Yang perlu aku dahului
Dengan kebijaksanaan dan suci hati
Walaupun terkadang masalah dari diri sendiri

Ujian dalam keluarga harus aku redha
Kerana ianya lubuk pahala
Anak isteri harus aku jaga 
Namun adik-adik tidak akan aku lupa
Kerana ianya amanah mak dan abah yang telah tiada

Semoga Roh Mak, Abah, Mak Mertua, Pak Mertua,
Abang Sham, Damia, semua sanak saudara dicucuri rahmat
Dan ditempatkan bersama para penghuni syurga
Semoga aku terus tenang dan rasional dalam segala ujian ini
Semoga Allah beriku ketenangan dan fikiran yang sempurna

Amiinn Ya Rabbal Alaminn..


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan