Seingat aku.. tahun 1980
Memasuki Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera
Jalan Kebun Teh, Johor Bahru
Darjah 2 Setia
Sampai sekarang jika bercerita
Aku akan teringatkan subjek berenang
Setiap khamis aku terjun kolam renang
Satu-satunya sekolah aku jumpa kolam renang
Tiada di lain-lain sepanjang aku bersekolah..
Sekolah rendah pulak tu..
Teringat juga nama rakan baik
Zaki bin Buang
Orangnya tinggi berhidung mancung
Kulitnya gelap hitam manis
Selepas aku berpindah pulang ke kampung
Sehinggalah pada saat ini
Tak pernah lagi bersua..
Semoga sahabatku sihat selalu
Dan dilindungi Allah SWT
Ayahku bertugas di Kem Majidee
Kami sekeluarga tinggal di sting garden
Kg Tok Siak..
Rumah atas air.. bertiang 1-2 meter
Bawah rumah akan tenggelam bila air laut pasang
Rata-rata dihubung dengan jalan titi selebar 1 meter
Aku yakin, tiada lagi rumah itu pada masa ini
Tahun ini juga seingat aku seawal 1981
Arwah Abang Sham mengikut arwah tok bedah
Tinggal di kg. Alor Ganu
Tinggalkan aku bersama adik-adik
Menemani arwah mak dan abah berpindah
Namun aku kerap pulang menziarahi abangku
Kerana aku budak kampung..
Sungai.., bendang,.. sangat rapat dengan kehidupanku
Ya Allah.. Cucurilah rahmat ke atas roh mak, abah, abang Sham..
Semoga segala kebaikan mereka diganjari dengan pahala
Pengorbanan mak, abah selama membesarkan kami..
Kesetiaan abang Sham bersama arwah tok tidak ternilai
Semoga semua yang telah pergi diampuni dosa dan diganjari syurga..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
(Lokasi aku bermain semut hitam dibawah pohon ru. Seingat aku, bangunan Holiday Plaza sedang dalam pembinaan ketika itu)