Jam 10.12 malam 31.12.2021
Kurang 2 jam
Untuk 2021 meninggalkanku
Tahun penuh kisah suka dan duka
Semoga 2021 menjadi titik tolak
Untuk perubahan terbaik
Dalam tahun berbaki
Mudah-mudahan lebih diberkati
Usia yang meningkat
Bermakna semakin dekat aku dan kita semua
Kepada Allah maha pencipta
Yang maha mengetahui akan segalanya
Jika awal 2020 bermula baik
Namun.. makhluk Allah Covid hadir
Segalanya berubah
Hingga akhir 2020 suasana suram
Abah meninggalkanku, mak dan adik-adik
Tanggal 15 November 2020
Bersamaan 29 Rabiul Awwal 1442 Hijriah
Namun.. kemudian mak juga meninggalkan kami
Kehidupanku berubah 180 darjah
Namun Allah maha mengetahui akan segalanya
Mak seperti juga abah
Dibawa dengan ambulan ke Hospital Taiping
Mak dibawa ke Hospital seawal jam 4.00 pagi
Jumaat 30 April 2021 bersamaan 18 Ramadhan
Namun, Mak pergi seawal jam 8.00 pagi 2 Mei 2021
Bersamaan 20 Ramadhan 1442 Hijriah
Aku redha Ya Allah...
Semoga roh Mak, Abah, Abang Sham, Damia..
Dan semua sanak-saudara yang telah pergi
Dicucuri rahmat
Dan ditempatkan bersama para syuhada
Semoga Damia memimpin tangan tok dan tok wan
Yang banyak jasa mereka kepada Damia
Bersama-sama menuju ke syurga..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan
Kurniakan aku kesihatan
Kekalkan Istiqamah dalam hati ini
Semoga tahun 2022 lebih baik buatku
Keluarga.., adik-adik.., saudara-mara
Semua kaum muslimin dan muslimat
Semoga Islam terus menunjang dunia ini
Sehingga izinmu Ya Allah...
... 11.03 malam...
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Jumaat, 31 Disember 2021
SEHARI SEBELUM 2021 MENINGGALKAN 1001 SUKA DAN DUKA
Khamis, 30 Disember 2021
2 HARI MENJELANG 2022
Saat ini aku masih di pejabat
Memberikan ruang
Untuk rakan-rakan bercuti
Dan aku menyusun perancangan 2022
Mudah-mudahan
Tahun hadapan ku susun baik
Segala perancangan untuk setahun
Semoga perjalanan ku lebih tersusun
Apatah lagi dengan tugasan
Dan tuntutan keluarga
Dari pejabat, pelajaran, keluarga
Perlukan komitmen dan tindakan
Aku perlu segera susun
Kerana masa tak pernah menungguku
Entah kan esok atau lusa
Aku wajib dan segera bertindak
Jadikan kesedihan sebagai semangat
Kerana arwah mak, abah, abg sham
Hanya tinggalkan kami
Untuk meneruskan perjalanan di dunia
Banyak perkara perlukan tindakan
Banyak lagi perlukan penyelesaian
Aku perlu lebih proaktif
Aku perlu perancangan dan pelaksanaan
Allah Maha Mengetahui
Semoga Perancangan dan Azam ku
Diperkenankan
Ammiinn Ya Rabbal Alamiinn..
Rabu, 29 Disember 2021
3 HARI MENJELANG 2022 MASEHI
Allahuakbar
Antara sedar dan tidak
Tahun 2021 berbaki 3 hari
Maka tahun 2022 bakal menjelma
Begitu jua umurku
Bakal menjangkau ke separuh abad
Namun mak dan abahku telah pergi dahulu
Tanpa berkesempatan bersama kami anak-anaknya
Semoga memori sepanjang PKP
Selama kehidupan bersama makhluk Allah
Sang Covid yang diutus Allah SWT
Bersama kembalinya mak dan abah
Mudah-mudahan beberapa hari 2021
Yang berbaki
Menjadi asbab kebaikan
Dari Allah untukku dan keluarga
Jumaat, 17 Disember 2021
AKU MASIH MENCARI MOMENTUM
Esok aku akan mula memasuki kelas ke-3
Operational Research
Harapan aku supaya aku segera bangkit
Ini pilihan aku.. Jalan ini yang aku pilih
Tiada siapa memaksa
Sebaliknya aku sendiri
Sepatutnya lah aku sendiri bangkit
Tanpa perlu mencari alasan
Aku kena paksa diri ini
Untuk sentiasa bersemangat
Apatah lagi dengan banyaknya jemputan
Yang telah aku abaikan
Harapan dan doaku
Semoga Allah berkati usaha ini
Untuk aku terus menimba ilmu
Dan memaksa otak ini berhubung
Walaupun agak perit
Namun aku perlu gagahkan jua
Tiada siapa lagi untuk mendengar
Tiada siapa lagi yang sudi menasihatiku
Jika sebelum ini mak sumber inspirasiku
Mak adalah semangatku
Namun kini mak telah tiada
Hanya jiwa waja dan kecekalan
Mak bekalkan buatku
Dan aku perlu bangkit
Untuk terus menjadi diri yang sebenar
Semoga urusan pembelajaranku
Kembali ke landasan sebenar
Semoga semangatku terus membara
Semoga Allah berkati usaha ini
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn...
Khamis, 9 Disember 2021
SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERI TERSAYANG
Semoga dilindungi Allah sentiasa
Dimurahkan rezeki
Dipermudahkan segala urusan
Selamat Hari Lahir buat isteriku Sue
Macam biasa..
Aku hanya mampu
Meluahkan apa yang ku fikirkan
Dan tak seperti orang lain
Dengan keraian yang pelbagai
Namun hanya Allah maha mengetahui
Apa sebenarnya ada dalam diri ini
Seorang yang beremosi terpendam
Luahan tanpa kata-kata
Semoga Allah Makbulkan doaku ini.. Amiinn..
Rabu, 1 Disember 2021
THROWBACK SEPANJANG BEBERAPA MINGGU INI
01.12.2021 - GENAP SEBULAN MENJELANG 2022
Sedangkan Blog ini aku jadikan platform
Hanya asbab untuk bersahabat