Rabu, 19 Ogos 2020

1441H Bakal Melabuh Tirainya

Beberapa jam menjelang 
Tahun baharu islam
Ku doakan kesihatan
Buat yang terutamanya ibuku

Ibuku menerima rawatan matanya
Setelah sekian lama
Berulang mendapatkan tarikh
Yang benar2 sesuai
Alhamdulillah.. Semoga ibuku dipermudahkan..

…...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, 
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad 
berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari 
perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum 
bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya 
dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak 
melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami 
sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi 
kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami 
menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu.

Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka 
ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan 
sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau 
redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala 
kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, 
Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan 
kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang 
telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan 
harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad 
berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala 
pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan