Rabu, 8 Julai 2020

SEMOGA USIA INI MEMBERIKAN KEBAIKAN

Kurang lebih sejam
Usia kehidupan duniaku
Menjangkau hampir setengah abad
Semoga ianya diberkati..
Amiinn.. Ya Rabbal Alamin..

2020 tahun penuh kisah
Tahun yang belum pernah dilalui 
Sebelum dari ini..
Semoga menjadi asbab kebaikan
Buatku dan keluarga..

Semoga Allah peliharaku
Keluarga dan saudara maraku
Juga saudara Islam seluruh dunia
Semoga kita dilindungi
Dari segala mara bahaya..

Semoga Allah memberikan
Kurniaan kebaikan
Semoga kami terus istiqamah
Mencari Dunia demi Akhirat..

Amiinn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan