Khamis, 9 Julai 2020

SEMOGA ALLAH BERKATI UMURKU

Usia kehidupanku bertambah
Genap pada hari ini
Semoga Allah berkata usiaku
Mudah2an Allah pelihara kehidupanku

Dalam dunia yang semakin mencabar
Aku berdoa
Agar Allah tetapkan imanku
Semoga aku kekal 
Menjadi diriku yang sebenar

Mencari kehidupan
Yang sederhana namun bahagia
Mudah2an dalam berbaki
Usia pekerjaan ini..
Allah mengharapkan kesihatan
Dan ketenangan sentiasa
Mengiringi kehidupan..

Semoga aku, ibu bapaku  isteriku, anak-anakku, saudara mataku..
Sentiasa sihat sejahtera
Dan diberkati kehidupan
Serta dipermudahkan segala urusan..

Dalam mengejar kehidupan dunia
Demi akhirat yang kekal
Selamanya..
InshaAllah..

Rabu, 8 Julai 2020

SEMOGA USIA INI MEMBERIKAN KEBAIKAN

Kurang lebih sejam
Usia kehidupan duniaku
Menjangkau hampir setengah abad
Semoga ianya diberkati..
Amiinn.. Ya Rabbal Alamin..

2020 tahun penuh kisah
Tahun yang belum pernah dilalui 
Sebelum dari ini..
Semoga menjadi asbab kebaikan
Buatku dan keluarga..

Semoga Allah peliharaku
Keluarga dan saudara maraku
Juga saudara Islam seluruh dunia
Semoga kita dilindungi
Dari segala mara bahaya..

Semoga Allah memberikan
Kurniaan kebaikan
Semoga kami terus istiqamah
Mencari Dunia demi Akhirat..

Amiinn..

Ahad, 5 Julai 2020

5 JULAI 2020 - RECONNECT TO TM

Kali terakhir aku berurusan dengan TM
Seingat aku 10 tahun lalu
Tatkala berhajatkan notebook 1 Malaysia
Berakhir dengan kekesalan..

Selepas 3 bulan follow up TM
Bukan sahaja internet tidak dipasang
Malahan aku di bil dengan kos talian telefon..
Aku diiniaya TM POINT

Beberapa kali hubungi TM
Menceritakan apa sebenar yang berlaku
Internet tak pasang apatah lagi notebook kemana
Bil sewa talian telefon pulak di kejarnya..

Akhirnya selesai setelah beberapa kali 
Bersoal jawab..
Hari ini aku akur..
Apatah lagi anak2 memerlukan internet
Aku langgan semula Unifi..

Harapan aku.. TM tidak menginiaya aku lagi
Bil sebulan percuma..
Unlimited data..
Bil RM 89 ++ service charge..

Kalau tipu lagi..
Aku akan serik sampai bila3...  

Rabu, 1 Julai 2020

JULAI BULAN KELAHIRANKU

1 Julai 2020
Seminggu menjelang ulangtahun kelahiran
Semoga Allah beriku kesihatan
Juga anak-anak, keluarga dan umat Islam seluruhnya

PKPP menampakkan cahaya
Semoga Malaysia terus terpelihara
Minggu hadapan anak-anak juga 
Akan kembali ke sekolah

Aina akan kembali ke UPM
Izzul akan menjejakkan kaki ke UiTM
Baby akan pulang se SMSTAR..
Adik pula akan menyusul ke PDKnya

Semoga semuanya sukses
Dan terpelihara oleh Allah SWT
Ibu dan Bapaku jua
Semoga Allah pelihara kami semua