Sabtu, 6 Jun 2020

THROWBACK SAMBIL MENDENGAR SENTUHAN KECUNDANG - EKAMATRA

Jam 30 minit menghampiri 12.00 tengah malam
Sambil melayan Youtube 
Album Rock Kapak Terbaik 90-an
Aku teringatkan kenangan bersama arwah kekanda..

Sentuhan Kecundang - Ekamatra
Antara lagu yang popular 
Sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an
Arwah sesekali membawa lagu ini
Bersama memetik gitar kapoknya..

Hubungan kami adik-beradik
Rata-rata nampak tidaklah semeriah keluarga lain
Namun itulah kami..
Perasaan masing2 tidak terlihat secara fizikalnya.. 
Namun kasih sayang sangatlah kuat dalam diri ini

Kami bukanlah jenis riuh rendah
Kami dididik untuk bercakap jika perlu
Dan berdiam jika tiada apa keperluan
Yang perlu diperkatakan.. 
Itulah kami..

Arwah banyak memerhati dari kejauhan..
Mendidik adik-adik bagai bermain layang-layang
Hanya menuturkan sepatah dua perkataan
Selebihnya sendiri fikirkan..

Jika tersasar.. mungkin tuturannya sedikit keras
Atau.. aku dibiarkan sahaja
Untuk belajar dari kesilapan..
Namun jauh disudut hati dapat ku baca air mukanya..
Kasih dan sayang sebagai abang..
Tidak sesekali luntur dalam sanubari..

Hampir setiap tahun
Aku berdikari untuk pulang ke kampung
Rindukan atuk dan abang
Walau banyak rintangan yang ditempuh

Penghujung 1987 sesudah SRP
Aku pulang dan bekerja sebagai atendan parking
Seawal kegelapan pagi.. meredah pekan Alor Setar
Menjaga wilayah.. menulis no. plat kereta
Dan memungut bayaran..

Seingat aku paling kurang 30 sen 
Untuk bayaran 1 jam letak kereta..
Masih aku ingat.. gaji ku peroleh RM180.00 selama sebulan
Hanya sebulan lebih sahaja mencari pengalaman 

Arwah juga menunggu SPM..
Bekerja mencuci kereta.. 
Masih aku ingat.. 
Stesyen minyak Mobil berhadapan Masjid Zahir..

Petang hari arwah suka bermain takraw
Masih aku ingat..
Nota tertulis 'Aku main takraw kat rumah Dee'
Sesedar aku dari terlelap akibat keletihan petang itu..

Kisah itu 33 tahun yang lalu..
Kini arwah telah tiada..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kekanda
Mudah2an Allah berikan syahid buat arwah..
Semoga berjumpa nanti di syurga.. InsyaAllah..

Amiinn.. Ya Rabbal Alamin..

12.17 malam
Sedang berkumandang, Tika dan Saat Ini - Medicine
Juga favourite arwah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan