Isnin, 8 Jun 2020

ASBAB KEBAIKAN MUDAH-MUDAHAN.. COVID 19

Satu Dunia Merasainya.. CnP dari FB. Kredit kepada yang menitipnya.
Mungkin awal PKP aku telah post namun yang ini cover semua.
.................
2020
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020 FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020 FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB) FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat *(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan *(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾
📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP 📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid. 📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung. 📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter 📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah. 📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai. 📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup. 📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup. 📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan. 📍Taman permainan kanak-kanak ditutup. 📍Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan. 📍Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal. 📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan 📍Rak-rak di kedai menjadi kosong. 📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE. 📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting. 📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong. 📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari. 📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar. 📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah. 📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga. 📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
akan jd kenangan abadi selamanya...
CNP

Ahad, 7 Jun 2020

ALHAMDULILLAH.. PKPP MENGGANTIKAN PKPB

Mulai 10 Jun
Maka bermulalah PKPP
Menggantikan PKPB
Mudah2an kita telah cukup latihan..

Banyak perkara..
Kita mudah terlupa..
Semoga latihan sedari 18 Mac
Kita tidak akan lupa..

Apa yang terpenting bagiku
Pulang melawat mak dan abah di kampung
Itulah satu harapan paling kuat
Sepanjang PKP ini..

InsyaAllah.. aku kan usahakan
Apatah lagi raya berbaki 2 minggu
Aku mahu pulang beraya
Dalam berbaki Syawal 1441 tahun ini..

InsyaAllah..
Semoga Allah permudahkan..

Sabtu, 6 Jun 2020

THROWBACK SAMBIL MENDENGAR SENTUHAN KECUNDANG - EKAMATRA

Jam 30 minit menghampiri 12.00 tengah malam
Sambil melayan Youtube 
Album Rock Kapak Terbaik 90-an
Aku teringatkan kenangan bersama arwah kekanda..

Sentuhan Kecundang - Ekamatra
Antara lagu yang popular 
Sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an
Arwah sesekali membawa lagu ini
Bersama memetik gitar kapoknya..

Hubungan kami adik-beradik
Rata-rata nampak tidaklah semeriah keluarga lain
Namun itulah kami..
Perasaan masing2 tidak terlihat secara fizikalnya.. 
Namun kasih sayang sangatlah kuat dalam diri ini

Kami bukanlah jenis riuh rendah
Kami dididik untuk bercakap jika perlu
Dan berdiam jika tiada apa keperluan
Yang perlu diperkatakan.. 
Itulah kami..

Arwah banyak memerhati dari kejauhan..
Mendidik adik-adik bagai bermain layang-layang
Hanya menuturkan sepatah dua perkataan
Selebihnya sendiri fikirkan..

Jika tersasar.. mungkin tuturannya sedikit keras
Atau.. aku dibiarkan sahaja
Untuk belajar dari kesilapan..
Namun jauh disudut hati dapat ku baca air mukanya..
Kasih dan sayang sebagai abang..
Tidak sesekali luntur dalam sanubari..

Hampir setiap tahun
Aku berdikari untuk pulang ke kampung
Rindukan atuk dan abang
Walau banyak rintangan yang ditempuh

Penghujung 1987 sesudah SRP
Aku pulang dan bekerja sebagai atendan parking
Seawal kegelapan pagi.. meredah pekan Alor Setar
Menjaga wilayah.. menulis no. plat kereta
Dan memungut bayaran..

Seingat aku paling kurang 30 sen 
Untuk bayaran 1 jam letak kereta..
Masih aku ingat.. gaji ku peroleh RM180.00 selama sebulan
Hanya sebulan lebih sahaja mencari pengalaman 

Arwah juga menunggu SPM..
Bekerja mencuci kereta.. 
Masih aku ingat.. 
Stesyen minyak Mobil berhadapan Masjid Zahir..

Petang hari arwah suka bermain takraw
Masih aku ingat..
Nota tertulis 'Aku main takraw kat rumah Dee'
Sesedar aku dari terlelap akibat keletihan petang itu..

Kisah itu 33 tahun yang lalu..
Kini arwah telah tiada..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kekanda
Mudah2an Allah berikan syahid buat arwah..
Semoga berjumpa nanti di syurga.. InsyaAllah..

Amiinn.. Ya Rabbal Alamin..

12.17 malam
Sedang berkumandang, Tika dan Saat Ini - Medicine
Juga favourite arwah..

Jumaat, 5 Jun 2020

MASA BERLALU PANTAS.. MEMASUKI 14 SYAWAL PKPB

Aku mula berpuasa di minggu kedua Syawal
Alhamdulillah.. Berbaki 2 hari
Untuk lengkapkan puasa 6 tahun ini
Esok dan lusa juga adalah Hari Putih..

Mudah2an Allah permudahkan urusanku

Petang tadi.. di TV hanya pengumuman..
Hal rangsangan ekonomi
InsyaAllah esok.. ada kiranya pengumuman
Untuk aku pulang menziarahi mak dan abah di kg..

Mudah2an abah sentiasa kuat..
Bersama darah keperwiraan yang masih mengalir
Walaupun fizikal abah semakin lemah
Namun semangat abah tetap kuat

Dalam abah meniti usia yang memasuki 76 tahun
Banyak dugaan yang menimpa
Dengan berbekal semangat dan kekuatan mak
Abah tetap cekal.. walaupun mungkin 
Fikiran abah semakin kosong..

Ya Allah.. 
Berikan kekuatan fikiran 
Dan tubuh badan
Buat keduanya.. mak dan abahku..

Amiinn.. Ya Rabbal Alamin..