Selasa, 31 Disember 2019

DI AKHIR 2019

Hari ini 31 Disember 2019
Bersamaan 4 Jamadilawal 1441H
Kurang sehari 2019 bakal meninggalkanku
Meninggalkan kenangan suka dan duka

Pencapaian aku sepanjang 2019
Bolehlah aku katakan agak memuaskan
Sekurang-kurangnya aku berjaya
Mencapai sesuatu dalam tahun ini

Meningkatkan tahap kerjaya di awal tahun
Seterusnya mengurangkan 'bebanan kewangan' di akhir tahun
Namun aku tetap perlu terus dan terus berusaha
Semuanya atas izin dari Allah SWT

Alhamdulillah...

Aku seterusnya perlukan sesuatu motivasi
Menjelang 2020
Untuk kembali ke potensi sebenar
Tanpa terus dibuai mimpi dan khayalan

Semoga aku akan 'istiqamah'
Dalam mencari keredhaan Allah SWT
Demi diri ini, keluarga, masyarakat dan negara
Perkenankanlah hasratku Ya Allah..

Amiinn Ya Rabbal Alamin..

9.00 pagi
31.12.2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan